KOTA BHARU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) belum membuat keputusan sama ada untuk bersendirian atau menganggotai mana-mana gabungan parti politik buat masa ini, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata Pejuang masih terbuka dalam perkara itu dan akan membuat pengumuman apabila tiba masanya.
"Kita (Pejuang) pun faham kita nak kena ukur baju atas badan kita sendiri... kita tahu di mana kelebihan serta kelemahan kita. Jadi kita akan berpada-pada dari segi jumlah kita nak bertanding (pilihan raya) dan adakah perlu untuk kita bekerjasama dengan mana-mana pihak.
"Mungkin kita akan menganggotai parti gabungan ataupun kita adakan pakatan atau kerjasama politik untuk tujuan pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Pejuang Kelantan di sini hari ini.
Mukhriz juga berkata ketika ini, Pejuang masih berada di blok ketiga iaitu tidak bekerjasama dengan mana-mana parti politik.
"Pada peringkat awalnya, Pejuang adalah blok ketiga iaitu kita tidak ke kanan mahupun ke kiri. Kita ada pendirian tersendiri dan nampaknya pendirian itu tepat sekali," katanya.
Ditanya jumlah ahli Pejuang, Mukhriz berkata parti itu masih belum didaftarkan secara rasmi maka keahlian tidak dibuat sepenuhnya namun sudah puluhan ribu yang mendaftar secara dalam talian untuk menjadi ahli.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021
Mukhriz berkata Pejuang masih terbuka dalam perkara itu dan akan membuat pengumuman apabila tiba masanya. - Gambar fail
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Ketua Pejuanita Muda letak jawatan
Dr Nurul Ashikin Mabahwi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuanita Muda dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.
Pejuang tidak letak calon PRK Kemaman
Muhammad Rafique berkata keputusan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada proses memperkuatkan parti untuk menghadapi PRU16.
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pejuang pertikai keistimewaan Zahid jumpa Najib dua jam
Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tempoh maksimum lawatan banduan yang diberikan hanya 45 minit.
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
Tun M tinggalkan GTA
Keputusan dibuat selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi.
'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.
PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional membuat keputusan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair menyertai gabungan itu.
Saya tidak terlibat dalam perancangan politik Mukhriz - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak terlibat dalam perancangan politik yang diatur anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga Presiden Pejuang.