Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bahawa nama parti baharu yang akan dibentuk dikenali sebagai 'Pejuang'.
Ahli Parlimen Langkawi itu mendedahkan perkara itu menerusi satu ciapan di akaun Twitter peribadinya dalam bentuk sajak pada Rabu.
Parti Baharu 'Pejuang'
Parti kami ditubuh kerana kesedaran.
Rasuah menghancur bangsa.
Rasuah yang hancur orang Melayu.
Jika ingin dapat jawatan dan wang.
Pilih parti lain.
Jika ingin tebus maruah.
Jika ingin kekal hak kita.
Pilih parti kami.
Pilih 'Pejuang'.
Itu sebahagian bait ayat yang dimuat naik dalam ciapan tersebut.
Bagaimanapun setakat ini masih belum jelas atau tiada kenyataan rasmi pihaknya sama ada akan menggunakan perkataan 'Pejuang' sebagai nama penuh atau hanya singkatan daripada perkataan tertentu.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 7 Ogos lalu mengumumkan akan menubuhkan parti baharu yang berasaskan kepada perjuangan Melayu dan pribumi, seperti Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir menerusi catatan turut berkata, penubuhan parti itu atas kesedaran mengenai rasuah yang akan menghancurkan bangsa dan orang Melayu.
"Parti yang ditubuhnya sebelum ini iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah 'dirampas' untuk selamatkan musuh kita (Barisan Nasional).
“(Bersatu) ditubuh untuk hapuskan kleptokrat. Sekarang beralih untuk selamat kleptokrat, kerana apa, kerana jawatan dan wang,” tulisnya.
Fauzi Suhaimi
Wed Aug 12 2020

Ahli Parlimen Langkawi mendedahkan perkara itu menerusi satu ciapan di akaun Twitternya seperti dalam gaya seakan-akan sajak pada Rabu. - Foto BERNAMA

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

BN belum tentukan kerjasama dengan siapa hadapi PRN - Mohamad Hasan
Barisan Nasional (BN) belum membuat keputusan mengenai kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.

PM Anwar gembira 'kembali' ke Wisma MCA sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini 'kembali' ke Wisma MCA selepas lebih 25 tahun, bagi merayakan sambutan Tahun Baharu Cina bersama MCA.

PRN: PH belum bincang secara rasmi dengan BN, UMNO - Rafizi
PKR belum mengadakan rundingan secara rasmi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Cabar keputusan PRU15: BN akan fail petisyen di Parlimen Marang, Kemaman, Kuala Terengganu
Semua petisyen pilihan raya berkenaan pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan PN pada PRU15.

Isu Kg Sungai Baru: Layan sebagai pemilik sah bukan setinggan
Khalid Abdul Samad dalam satu kenyataan berharap agar ada penyelesaian seadilnya untuk pemilik tanah dan pembangunan Kampung Sungai Baru.

BN sahkan hantar petisyen di beberapa kerusi, cabar keputusan PRU15
Barisan Nasional ada asas kenapa memfailkan petisyen berkenaan, kata Setiausaha Agungnya, Zambry Abdul Kadir.

Wanita UMNO terus perjuang kuota 30 peratus calon wanita dalam enam PRN
Pencapaian tertinggi setakat ini adalah pada PRN Johor pada tahun lalu, iaitu sebanyak 25 peratus.

Kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan beri nilai tambah landskap politik
Kekuatan BN jika dicampur dengan kekuatan PH akan membuahkan satu formula yang baharu untuk negara ini dan rakyat Malaysia.

Kerjasama PH-BN hadapi PRN Selangor diharap dapat diputuskan hujung bulan ini - MB
Amirudin berkata beliau telah berjumpa secara tidak formal dengan beberapa pihak dalam BN bagi membincangkan perkara tersebut.

Politik Sabah: Semua pihak perlu lakukan 'ceasefire' - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak melakukan 'ceasefire' sehingga rundingan dapat dilakukan dalam kemelut politik yang berlaku di Sabah.