awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan S.Thangeswary sebagai speaker satu pengiktirafan - Subramaniam

Bernama
Bernama
11/08/2016
00:00 MYT
Pelantikan S.Thangeswary sebagai speaker satu pengiktirafan - Subramaniam
Menurut Subramaniam, pelantikan bekas ketua Wanita MIC Perak itu sebagai bukti MIC tidak meminggirkan kaum wanita malah sumbangan sayap parti itu sentiasa dihargai. - Gambar fail
Pelantikan S.Thangeswary selakuYang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baharu merupakan pengiktirafan bukan hanya kepada MIC malah kepada seluruh masyarakat India di negara ini, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau menyifatkan pelantikan bekas ketua Wanita MIC Perak itu sebagai bukti MIC tidak meminggirkan kaum wanita malah sumbangan sayap parti itu sentiasa dihargai.
"Bagi MIC, pelantikan ini satu sejarah yang mana wanita MIC memegang jawatan yang tinggi. Ia juga mendapat reaksi positif dan diterima baik oleh masyarakat," katanya pada jamuan malam meraikan Thangasvari anjuran Wanita MIC di sini malam tadi.
Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir atas pelantikan itu.
Thangasvari, 68,semalam mencatat sejarah sebagai Speaker DUN Perak wanita pertama, menggantikan Datuk Seri S.K. Devamany yang meletak jawatan susulan pelantikannya sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet pada Jun.
Sementara itu, Ketua Wanita MIC M. Mohana melahirkan rasa bangga atas perkembangan itu dan menyifatkannya sebagai penghargaan yang tinggi kepada kaum wanita parti itu.
"Ia amat bermakna kepada saya kerana wanita MIC dipilih sebagai Speaker wanita pertama di Perak dan sejarah ini dicatatkan di bawah kepimpinan saya," katanya.
Beliau berkata pelantikan itu juga merupakan pengiktirafan kepada kepimpinan Dr Subramaniam yang menerajui parti itu dengan cekap.
Topic Berkaitan
#DUN Perak
#MIC Perak
#S. Subramaniam
#S. Thangeswary
#Speaker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan