awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelukan damai Najib-Muhyiddin perlu ada keikhlasan - Zahid

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
11/12/2015
10:22 MYT
Pelukan damai Najib-Muhyiddin perlu ada keikhlasan - Zahid
AHMAD ZAHID: Perdamaian bukan hanya lahir daripada tindakan fizikal dan tidak memerlukan paksaan. - Gambar fail
Gesaan perwakilan agar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpeluk dan berdamai di pentas penutup Perhimpunan Agung UMNO 2015 perlu ada keikhlasan daripada kedua-dua pemimpin itu, ujar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Jelasnya, hanya dengan keikhlasan sahaja yang mampu meneruskan kepimpinan bersama dalam parti.
"Saya pernah melakukan (peluk damai) ketika saya merasmikan beberapa bahagian UMNO, kita faham jurucakap berkenaan tetapi kita lihat suasana harus disesuaikan," katanya dalam satu sidang media bersama rakan sejawatannya dalam UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri itu menjelaskan, perdamaian bukan hanya lahir daripada tindakan fizikal dan tidak memerlukan paksaan.
"Yang penting bukan tindakan fizikal sahaja tetapi keikhlasan hati dan bagi saya tidak perlu ada kerelapaksaan dalam perlakukan itu.
Namun, yang penting tindakan-tindakan tidak lagi dilakukan, tanda bahawa kebersamaan wujud dalam kepemimpinan bersama," ujar beliau.
Sebelum ini, kebanyakan perwakilan berharap krisis antara Presiden dan Timbalannya, ditamatkan di pentas penutup Perhimpunan Agung UMNO 2015 Sabtu ini.
Antaranya, mereka mahu kedua-dua pemimpin parti keramat orang Melayu itu berpeluk di atas pentas disaksikan oleh semua perwakilan agar krisis itu tidak lagi dibincangkan selepas ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Muhyiddin Yassin
#Najin Razak
#perdamaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan