ALOR SETAR:Keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi membabitkan Pas dan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) serta Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) masih belum dapat dimuktamadkan selagi tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak diumumkan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, setakat ini sebarang pengesahan mengenai pembahagian kerusi membabitkan parti Pas masih belum dapat dibuat kerana pertukaran serta perubahan masih boleh dilakukan sebelum tarikh sebenar dimuktamadkan kelak.
"Pilihan raya tidak tahu lagi bila, tahu pilihan raya barulah kita dapat selesaikan, InsyaAllah bila tahu pilihan raya kita akan dapat tentukan (pembahagian kerusi).
"Perkara itu boleh berubah, saya tidak boleh beritahu sekarang, boleh adjust (ubah) lagi mana perlu, tukar tukar sini mana perlu, belum muktamad lagi, tetapi kita buat keputusan (untuk) serah (proses perundingan pembahagian kerusi) kepada (Pas) Pusat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Libat Urus Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bersama peladang kawasan MUDA, di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi menegaskan bahawa perlaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 dalam tempoh terdekat amat tidak sesuai terutama ketika negara menghadapi penularan wabak COVID-19 dan bencana banjir di beberapa negeri.
"Time (waktu) ini tidak wajar, masih ada (kes-kes berkaitan) COVID, banjir (pula) tidak tahu lagi hendak atasi, mangsa banjir pun tidak (dapat) selesai (masalah mereka) lagi, biar selesai semua (perkara ini) baru boleh kita fikir (untuk adakan) pilihan raya," katanya lagi.
Sabtu lalu, bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan bahawa UMNO sudah selesai mengadakan rundingan kerusi bersama Pas dan akan bertanding sekurang-kurangnya 96 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
BACA: Rundingan dengan Pas selesai, UMNO bertanding 96 kerusi pada PRU15 - Nazri Aziz
Ahli Parlimen Padang Rengas itu menyatakan bahawa keputusan berkenaan telah diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memaklumkan bahawa UMNO akan bertanding sebanyak 96 kerusi pada PRU15.
Nazri berkata, UMNO juga tidak akan memberi ruang kepada Bersatu untuk bertanding di kerusi Parlimen yang dimenangi UMNO pada PRU14 lalu.
Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan rundingan agihan kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antara parti gabungan Muafakat Nasional (MN) sudah mencapai konsensus melebihi 50 peratus setakat ini.
Menurutnya, rundingan masih berjalan bagi memastikan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU15 antara rakan gabungan.
Abd Hadi Che Awang
Mon Jan 11 2021
Abdul Hadi berkata setakat ini sebarang pengesahan mengenai pembahagian kerusi membabitkan parti Pas masih belum dapat dibuat. - Gambar fail/Astro AWANI
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.