awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembahagian kerusi PRN: Dakwaan PH-BN akan berpecah bukti kerisauan PN - Mahfuz

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
16/02/2023
04:22 MYT
Pembahagian kerusi PRN: Dakwaan PH-BN akan berpecah bukti kerisauan PN - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar berkata, PN kecewa selepas BN mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama dengan parti itu membentuk kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail
ALOR SETAR: Dakwaan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan menemui perpecahan ketika proses pembahagian kerusi untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya kerisauan nyata pemimpin berkenaan serta Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan itu juga menunjukkan kekecewaan PN selepas BN mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama dengan parti itu membentuk kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dalam masa sama, Mahfuz optimis kepimpinan PH dan BN mempunyai pengalaman dan kematangan dalam mengendalikan proses pembahagian kerusi dengan baik bagi menghadapi PRN.
"Saya fikir (kenyataan Sanusi) sebenarnya menunjukkan kerisauan beliau terhadap kerjasama PH dengan BN dalam Kerajaan Perpaduan kerana mereka sangat berharap pada selepas pilihan raya BN akan bersama PN membentuk kerajaan tetapi nampaknya (mereka) tidak berjaya,
"Jadi beliau harapkan akan berlaku perpecahan di enam negeri yang akan berlangsungnya PRN kelak," ujar beliau.
Mahfuz berkata demikian ketika ditemui media di Ibu Pejabat PH Kedah, di sini, pada Khamis.
Pada 8 Februari lalu, Muhammad Sanusi mendakwa, proses rundingan pembahagian kerusi membabitkan parti-parti didalam Kerajaan Perpaduan terutama BN dan PH dalam menghadapi PRN akan menemui kegagalan.
Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, kegagalan rundingan berkenaan itu dijangkakan membawa kepada sesuatu yang lebih teruk iaitu perpecahan dan penceraian melibatkan beberapa parti dalam gabungan terbabit.
Topic Berkaitan
#PH-BN
#PN risau
#Mahfuz Omar
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan