awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang saling bercakaran sesama sendiri - Shabery Cheek

Bernama
Bernama
01/05/2016
05:39 MYT
Pembangkang saling bercakaran sesama sendiri - Shabery Cheek
AHMAD SHABERY: Pembangkang lebih gemar menentukan siapa yang lebih kuat dalam kalangan mereka. - Gambar fail
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa pengundi Sarawak supaya tidak terbuai dengan sandiwara pembangkang.
Ahmad Shabery yang turut sama berkempen di Sarawak, berkata pembangkang lebih gemar menentukan siapa yang lebih kuat dalam kalangan mereka.
Kali ini jelas menampakkan ketidaksefahaman mereka terutama dalam isu pembahagian kerusi sehingga membawa kepada pertembungan sesame sendiri, katanya.
"Mereka sekarang bercakap mahu memerintah, tetapi mana DAP bertanding PKR pun bertanding, ada enam tempat. Tetapi Barisan Nasional (BN) tak buat begitu, kerana kita boleh duduk bersama. Ada masalah kita selesaikan.
"Kita bukan cakap kosong, tetapi kebijaksanaan dilihat bagaimana untuk mengatur, bermuafakat, bersatu, perpaduan. Tidak ada parti yang baik melainkan BN yang kita perjuangkan," katanya ketika berucap pada majlis Jalinan Tani bersama masyarakat Marudi di sini.
Ahmad Shabery turut mengajak pengundi supaya memberi sokongan padu kepada calon BN bagi kerusi Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil, yang mampu membawa perubahan kepada penduduk Marudi.
"Berikan kekuatan kepada calon kita kerana beliau bukan calang-calang orangnya kerana sudah lama dalam pentadbiran negeri Sarawak," katanya.
Topic Berkaitan
#pembangkang
#PRN Sarawak
#sandiwara pembangkang
#sarawak2016
#Shabery Cheek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan