awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemecatan, penggantungan pemimpin UMNO tidak patuh proses perundangan - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2023
14:00 MYT
Pemecatan, penggantungan pemimpin UMNO tidak patuh proses perundangan - Ismail Sabri
Ismail Sabri menegaskan, sekiranya pihak yang menuduh tidak berpuas hati, mereka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata naib presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi satu hantaran di laman media sosial Instagram, Ismail Sabri menjelaskan beliau tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat itu kerana ia tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip 'natural justice'.
"Saya menyatakan tidak setuju dengan keputusan tersebut atas alasan pemecatan dan penggantungan dibuat tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip 'natural justice' seperti hak membela diri.
"Tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka, tiada ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab tersebut," katanya.
Bekas perdana menteri itu menegaskan, sekiranya pihak yang menuduh tidak berpuas hati, mereka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri.
Beliau menjelaskan, pertuduhan ke atas mereka yang dikenakan tindakan itu perlu dibuktikan dengan saksi juga boleh dibawa kepada jawatankuasa disiplin.
"Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatan kuasa pengurusan UMNO.
"Jawatankuasa pengurusan UMNO perlu berbincang dan membawa cadangan ke MT untuk keputusan," kata Ahli Parlimen Bera itu.
Bagaimanapun kata Ismail Sabri, proses tersebut tidak dilaksanakan oleh UMNO.
"Saya dimaklumkan jawatankuasa disiplin tidak pernah menasihatkan presiden untuk sebarang tindakan namun hanya memaklumkan tentang terdapat laporan dibuat terhadap yang dituduh.
"Maka saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan memecat dan menggantung mereka.
"Sebagai sebuah parti yang bertamadun, UMNO mesti dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan," ujarnya.
Pada Jumaat, Pada Jumaat, mesyuarat MKT memutuskan pemecatan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pada masa sama, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas naib presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.
View this post on Instagram
A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#UMNO
#Zahid Hamidi
#Hishammuddin Hussein
#pemecaatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan