awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO: Kami 'cukup masak' berdepan cabaran - Hasni Mohamad

Fareez Azman
Fareez Azman
06/04/2021
10:35 MYT
Pemilihan UMNO: Kami 'cukup masak' berdepan cabaran - Hasni Mohamad
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohamad berkata UMNO 'cukup masak' berdepan dengan cabaran dalam pemilihan parti yang dijangka hujung tahun ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebarang cadangan untuk mengadakan Pemilihan UMNO tahun ini dijangka tidak akan memecahbelahkan parti itu, sebaliknya UMNO sudah 'cukup masak' berdepan cabaran setiap kali pemilihan berlangsung.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohamad yang menzahirkan keyakinan terbabit berkata meskipun terdapat percanggahan pendapat, namun beliau yakin perkara itu dapat diatasi dengan pengalaman parti yang sudah menjangkau usia 75 tahun itu.
"Meskipun berlaku percanggahan pandangan dalam kalangan ahli, saya yakin pemilihan UMNO yang dijangka diadakan pada hujung tahun ini tidak memecahbelahkan parti.
"Mengikut perlembangan UMNO, setiap tiga tahun parti perlu mengadakan pemilihan. Selain itu perlembagaan juga membenarkan lanjutan selama 18 bulan atas sebab yang khusus seperti tahun-tahun pilihan raya, tahun-tahun yang mana berlaku bencana dan sebagainya," katanya memetik laporan Sinar Harian.
Justeru tambah Hasni, beliau melihat tiada permasalahan dari segi pematuhan ketetapan yang dibuat atau terkandung dalam perlembagaan parti.
Beliau berkata demikian selepas ditemui dalam Majlis Perasmian Program Sayangi Sungai Skudai sempena Hari Air Sedunia peringkat Negeri Johor di Loji Air Skudai pada Selasa.
Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pemilihan parti itu dijangka pada hujung tahun ini.
Namun jelasnya, tarikh sebenar pemilihan UMNO bergantung kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Mengikut tempoh yang ditetapkan, pemilihan UMNO sepatutnya diadakan tahun lalu selaras dengan Perhimpunan Agung UMNO 2020, namun ia ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#UMNO
#PRU
#pilihan raya
#presiden
#Pemilihan UMNO
#perhimpunan
#pilihan raya umum
#COVID-19
#pandemik
#pemilihan parti
#percanggahan pendapat
#Hasni Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan