awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Pakatan Harapan lawat Anwar Ibrahim

Bernama
Bernama
11/05/2018
23:33 MYT
Pemimpin Pakatan Harapan lawat Anwar Ibrahim
Dr Wan Azizah kelihatan ceria selepas melawat suaminya di Hospital Rehalibitasi, Cheras pada Jumaat. -- fotoBERNAMA
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) melawat Ketua Umum pakatan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini, pada Jumaat, dipercayai berkaitan dengan pembebasannya.
Antara yang berada di hospital berkenaan ialah isterinya iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib-naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Sivarasa Rasiah serta Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Sivarasa berkata kunjungan mereka ke hospital itu, di mana Anwar sedang mendapatkan rawatan, juga bertujuan membincangkan hal-hal berkaitan parti.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyatakan kesediaan Seri Paduka untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara.
Dr Wan Azizah pula berkata proses dokumentasi pembebasan Anwar dijangka mengambil masa kurang daripada seminggu.
Memohon pembebasan dan pengampunan bagi Anwar adalah satu daripada janji yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) PH.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.
PH yang diterajui Dr Mahathir memenangi PRU14 pada Rabu lepas.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Hospital Rehabilitasi Cheras
#Pakatan Harapan
#pembebasan
#PH
#PKR
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan