Pemimpin tertinggi parti komponen Pakatan Harapan (PH) diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menunjukkan ketidakmuafakatan sehingga memberi pandangan negatif rakyat terutama pengundi di Semenyih pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kenyataan yang tidak senada antara pemimpin komponen parti PH juga akan mewujudkan krisis keyakinan pengundi kepada PH sekali gus boleh menggugat kedudukan PH untuk mengekalkan kemenangan bagi kerusi DUN itu.
Beliau berkata sebaiknya semua masalah atau isu berbangkit melibatkan parti komponen itu perlu dilakukan menerusi saluran dalaman yang ada agar ia dapat diselesaikan dengan baik dan berhemah.
"Kadang-kadang terdapat satu atau dua pemimpin dalam komponen PH yang terlepas mengeluarkan kenyataan yang memberi gambaran bahawa tiada kemuafakatan atau musyawarah dalam kalangan pemimpin terlibat tentang beberapa isu dan ia perlu dipantau.
"Justeru saya merayu kepada pimpinan tertinggi parti komponen PH supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan menunjukkan bahawa kita di dalam PH tidak ada muafakat sebaliknya kita perlu tunjukkan kepada pengundi bahawa kita berada dalam satu pasukan yang mantap," katanya kepada pemberita selepas Program Gotong-Royong Wabak Denggi di Taman Paya Dalam di sini, pada Sabtu.
Terdahulu Shamsul yang juga Timbalan Menteri Industri Utama meluangkan masa lebih dua jam meninjau lokasi panas wabak denggi di taman berkenaan yang telah mencatatkan 27 kes dalam tempoh 20 hari sehingga hari ini berbanding hanya sembilan kes sebelum ini.
Mengulas lanjut, Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata beliau yakin PH menerusi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Muhamad Aiman Zainali akan dapat mempertahankan kerusi DUN berkenaan sekali gus meraih majoriti yang lebih tinggi.
Beliau berkata ia kerana berdasarkan demografi penduduk di DUN tersebut, 69 peratus daripadanya ialah kaum Melayu dan mengikut kajian yang dilakukan di peringkat akar umbi, kelebihan lebih berpihak kepada PH.
Dalam pada itu, katanya PH Melaka akan menghantar kira-kira 1,000 petugas dari semua parti komponen parti itu untuk membantu jentera parti berkempen di PRK DUN Semenyih.-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 16 2019
SHAMSUL: Kadang-kadang terdapat satu atau dua pemimpin dalam komponen PH yang terlepas mengeluarkan kenyataan yang memberi gambaran bahawa tiada kemuafakatan atau musyawarah. - Foto: Facebook - Shamsul Iskandar Mohd Aki
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.
PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.
MB hormati keputusan tiga exco tidak pertahan kerusi DUN
Amirudin menghormati keputusan tiga Exco Negeri yang tidak akan mempertahankan kerusi DUN masing-masing pada PRN kali ini.
PRN: Kelebihan dijangka memihak PN di Selangor - Penganalisis
Persaingan sengit antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.