KUALA LUMPUR: Segala pandangan dan teguran terhadap kepimpinan UMNO yang diluahkan oleh sesetengah pihak menerusi platform media sosial bertujuan menambah baik parti yang bakal berdepan cabaran lebih getir pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee menegaskan, walaupun teguran tersebut ada ketikanya dilihat terlalu 'pedas', ia tidak bermaksud untuk melemahkan parti dan tidak bertujuan menyerang peribadi pemimpin tertentu.
"Justeru semua pihak harus berlapang dada untuk menerima kritikan dan kecaman tersebut kerana tindakan sedemikian bertujuan untuk memperbetulkan kepincangan serta membaiki kelemahan yang pada pandangan mereka, UMNO perlu berubah.
"Saya berpandangan ahli-ahli dan pemimpin UMNO di semua peringkat amat sayangkan parti walaupun ada masanya mereka berselisih pendapat dan berlaku pergeseran hujah dalam menzahirkan pendirian masing-masing," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Selasa.
BACA: Tun M tidak tolak kemungkinan UMNO boleh jalin kerjasama dengan DAP
BACA: PKR perlu bersedia hadapi PRU15 jika UMNO tinggalkan PN
Dalam pada itu, Syed Ali turut menyarankan pucuk pimpinan UMNO agar lebih bersifat terbuka dan bersedia mengambil kira segala pandangan secara positif demi memastikan parti itu kekal relevan untuk menyatukan orang Melayu yang telah berpecah kepada kelompok politik yang berbeza.
"Bagaimanapun, pemimpin UMNO sewajarnya mengelak daripada bercakaran sesama sendiri sebaliknya tumpuan perlu dilakukan untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap parti.
"Ia kesan daripada serangan provokasi dan propaganda dilakukan pihak tertentu untuk menghalang kebangkitan UMNO pada PRU akan datang," ujarnya.
Katanya, perlu diakui bahawa laluan untuk UMNO kembali berada di tapak kuasa pada PRU15 bukan sesuatu yang mudah selagi permasalahan dalaman tidak ditangani secara berhemah dan usaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Sebelum ini, Syed Ali mengingatkan, kekuatan parti politik bukan disukat daripada tahap sokongan individu tetapi dilihat kepada penerimaan rakyat menerusi undi yang diterjemahkan menerusi PRU untuk kekal berkuasa dan seterusnya menubuhkan kerajaan yang stabil dan dominan.
Jelasnya, ketetapan daripada resolusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Ahad lalu, menuntut semua pihak lebih bertanggungjawab mencerminkan perwatakan kepimpinan yang disenangi rakyat dengan mengambil iktibar dari keputusan PRU14.
Astro Awani
Tue Apr 06 2021
Syed Ali menyarankan pucuk pimpinan UMNO agar bersedia mengambil kira segala pandangan secara positif demi memastikan parti itu kekal relevan untuk menyatukan orang Melayu. - Astro AWANI
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Tengku Zafrul kongsi lima pendekatan kembalikan kegemilangan UMNO Selangor
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi lima pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.