awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda BN Sarawak diminta sokong calon pilihan Adenan

Bernama
Bernama
04/04/2016
03:09 MYT
Pemuda BN Sarawak diminta sokong calon pilihan Adenan
Fadillah, yang juga Menteri Kerja Raya, berkata kemenangan dengan majoriti besar pada PRN kali ini perlu bagi memastikan Adenan dapat membawa suara yang kuat ke peringkat kerajaan persekutuan. - Gambar fail
Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak diminta agar menerima keputusan pemilihan calon oleh BN Negeri pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) akan datang.
Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata keputusan kepimpinan tertinggi BN perlu diterima dengan hati terbuka dan memberikan sokongan padu kepada calon-calon dalam pasukan Adenan.
"Kalau diumumkan sahaja siapa calon BN, calon itu mesti kita dekati dan sokong penuh supaya BN dapat menang dengan majoriti besar," katanya ketika berucap pada pelancaran Armada Pemuda BN Zon Sibu - Misi Kemenangan di Dewan MUC, di sini hari Ahad.
Hadir sama, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee.
Fadillah, yang juga Menteri Kerja Raya, berkata kemenangan dengan majoriti besar pada PRN kali ini perlu bagi memastikan Adenan dapat membawa suara yang kuat ke peringkat kerajaan persekutuan.
Katanya dengan kemenangan dengan majoriti besar akan memberi manfaat besar kepada negeri dan rakyat Sarawak kerana akan dapat menikmati lebih banyak lagi pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan pusat.
Kemenangan besar BN pada PRN-11 adalah isyarat kepada pembangkang seperti DAP, PKR, PAS dan AMANAH bahawa majoriti rakyat Sarawak tidak menerima dan menyokong mereka, katanya.
Beliau berkata Pemuda BN Sibu perlu mempertahankan kerusi DUN Nangka dan DUN Bawang Assan dengan majoriti besar di samping merampas kembali tiga kerusi BN yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya negeri lepas iaitu Dudong, Pelawan dan Bukit Assek.
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#Fadillah Yusof
#Pemuda BN diminta agar menerima keputusan pemilihan calon BN bagi menghadapi PRN ke-11
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan