KUALA LUMPUR: Pemuda Pas mencadangkan agar kerajaan mengukuhkan hubungan dua hala dengan pemerintahan Taliban di Afghanistan.
Menurut Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin, Malaysia sepatutnya mencontohi kerajaan China yang telah mengadakan rundingan peringkat tertinggi dengan kerajaan Afghanistan.
Beliau menjelaskan, China juga menyalurkan dana yang banyak kepada Taliban untuk mengukuhkan Inisiatif Lingkaran dan Laluan (BRI) di Afghanistan.
“Apakah dasar luar Malaysia terhadap Afghanistan di bawah pemerintahan Taliban yang baru ini?
“Pemuda Pas mencadangkan kepada kerajaan Malaysia untuk memula dan mengukuhkan hubungan dua hala dengan pemerintahan Taliban," katanya ketika menyampaikan ucapan utama dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia kali ke-62 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Khairil berkata, Malaysia mempunyai rekod cemerlang dalam hubungan diplomatik dan pihaknya yakin mampu menarik penerimaan antarabangsa kepada Afghanistan.
“Ini berasaskan rekod prestasi (track record) Malaysia yang mempunyai skil diplomatik aras tinggi dan diyakini mampu mengakomodasi penerimaan komuniti antarabangsa terhadap Afghanistan melalui tadbir urus yang inklusif dan kesyumulan islam," katanya lagi.
Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu juga menjelaskan konflik berterusan juga tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak, kecuali mereka yang ingin mengambil kesempatan.
“Konflik berterusan tak akan menguntungkan sesiapa, melainkan segelintir kompleks industri ketenteraan (military industrial complex), yang dahagakan darah demi tembolok mereka sahaja.
“Jika China komunis boleh menghulurkan tangan untuk Afghanistan di bawah Taliban, mengapa tidak kita, Malaysia, sebagai saudara seislam?” ujarnya.
Menurut Khairil Nizam, kejayaan Taliban memguasai negara itu juga menunjukkan rakyat memberikan sokongan mereka.
“Setelah 20 tahun dicengkam imperialis Amerika, rakyat telah memberi sokongan terhadap Taliban.
“Rakyat muak dengan kebejatan rasuah dan kegagalan pelaksanaan kanun syariah oleh kerajaan,” katanya lagi.
Pada 21 September, Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah memberitahu Dewan Rakyat Malaysia akan menyokong Afghanistan tetapi belum mengiktiraf kerajaan sementara Taliban.
Seperti negara lain, Malaysia juga sedang meneliti perkembangan di Afghanistan dan akan memutuskan isu pengiktirafan berdasarkan penerimaan rakyat negara itu terhadap pemerintah Taliban, katanya.
Taliban menjadi pemerintah baharu Afghanistan sejak Ogos selepas tentera Amerika Syarikat berundur sejak menyerang negara itu pada September 2001.
Astro Awani
Sat Oct 30 2021
Khairil Nizam menjelaskan China juga menyalurkan dana yang banyak kepada Taliban untuk mengukuhkan Inisiatif Lingkaran dan Laluan (BRI) di Afghanistan. - Gambar fail
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.
Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.
"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.
Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.