awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS

Astro Awani
Astro Awani
06/08/2021
08:06 MYT
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Berdasarkan minit Mesyuarat MKT UMNO pada 7 Julai 2021 untuk menangguhkan Pemilihan MKT, Bahagian dan Cawangan UMNO selama 18 bulan, JPPN berpandangan bahawa keputusan tersebut adalah tidak sah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan partinya tidak sah, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
"Berdasarkan minit Mesyuarat MKT UMNO pada 7 Julai 2021 untuk menangguhkan Pemilihan MKT, Bahagian dan Cawangan UMNO selama 18 bulan, JPPN berpandangan bahawa keputusan tersebut adalah tidak sah.
"Ketetapan ini adalah kerana tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021," katanya dalam satu kenyataan.
Jasri menjelaskan bahawa RoS bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti dan pengurusan pertubuhan berdaftar sesuai dengan perlembagaan setiap organisasi dan tidak bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 atau mana-mana undang-undang negara.
Pada 8 Julai lalu, presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa Majlis Kerja Tertinggi parti itu telah mengesahkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan.
Topic Berkaitan
#ros
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
#UMNO
#Pemilihan UMNO
#majlis tertinggi
#undang-undang
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan