awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaftaran GTA masih dalam proses - RoS

Bernama
Bernama
26/10/2022
09:30 MYT
Pendaftaran GTA masih dalam proses - RoS
Dr Mahathir dilaporkan berkata gabungan politik itu terpaksa menggunakan Pejuang sebagai ganti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan kerajaan tidak meluluskan pendaftarannya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pendaftaran Gerakan Tanah Air (GTA) setakat ini masih diproses Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), kata Ketua Pengarah RoS Mohd Nawardi Saad.
"Belum diluluskan atau ditolak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini mengenai perkembangan pendaftaran GTA.
Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad semalam dilaporkan berkata gabungan politik itu terpaksa menggunakan Pejuang sebagai ganti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan kerajaan tidak meluluskan pendaftarannya.
GTA mengemukakan permohonan kepada RoS pada 18 Ogos lepas untuk didaftarkan selepas ia ditubuhkan pada 4 Ogos.
Gerakan itu dianggotai oleh Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).
BACA: PRU15: GTA mahu majukan orang Melayu seperti UMNO dahulu lakukan - Tun M
BACA: PRU15: Kerjasama PH dan GTA tidak berlaku - Anwar
Mohd Nawardi berkata masih terdapat pindaan draf yang perlu dilakukan membabitkan perlembagaan GTA agar selari dengan dasar dan undang-undang sedia ada.
"Kita tiada halangan untuk luluskan jika perlembagaan yang dicadangkan menepati dasar yang telah ditetapkan," katanya.
Menurut Mohd Nawardi wakil GTA hadir ke RoS hari ini untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pegawai RoS berhubung pendaftaran GTA.
Sebelum ini, dilaporkan GTA berhasrat untuk bertanding di kira-kira 120 kerusi Parlimen pada PRU15.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#GTA
#ros
#kelulusan RoS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan