Penerangan UMNO cadang tubuh Sayap Digital

Azalina berkata sayap berkenaan dicadang menjadi satu struktur rasmi parti di pelbagai peringkat, seiring dengan keperluan landskap politik semasa. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Penerangan UMNO mencadangkan agar parti itu menubuhkan Sayap Digital bagi membentuk naratif politik dan memperkukuh pengaruh UMNO dalam era digital.
Ringkasan AI
- UMNO mencadangkan penubuhan Sayap Digital untuk memperkukuh pengaruh parti dalam era digital.
- Sayap berkenaan dicadang sebagai struktur rasmi parti di pelbagai peringkat untuk membentuk naratif politik yang sesuai dengan landskap politik semasa.
- Penubuhan sayap digital ini dijangka membantu UMNO menyelaras jentera, mempengaruhi persepsi awam, dan menggerakkan kempen secara lebih tersusun dan berkesan di media sosial.
Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian ketika berucap pada Simposium Politik Era Digital 2026 anjuran Penerangan UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.
Turut hadir Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata penubuhan sayap digital itu juga berupaya membantu parti menyelaras jentera, mempengaruhi persepsi awam terhadap UMNO di media sosial serta menggerakkan kempen secara lebih tersusun dan berkesan.
Azalina berkata bagi menjayakan sayap digital itu, latihan berterusan perlu dilaksanakan oleh Penerangan UMNO Pusat bersama Penerangan UMNO negeri kepada ahli-ahli parti.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


