awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengampunan Najib: Tony Pua didesak mohon maaf secara terbuka

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2024
06:06 MYT
Pengampunan Najib: Tony Pua didesak mohon maaf secara terbuka
Asna berkata, tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP itu menggambarkan beliau tidak menghormati persefahaman dalam Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua digesa membuat permohonan maaf terbuka berhubung tindakannya menyindir keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan pengurangan hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin berkata, proses pengampunan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya itu telah melalui proses yang teliti tanpa penyalahgunaan kuasa atau tatakelola.
“Tindakan mempertikai keputusan itu seolah-olah telah mempersenda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan saya mendesak sekeras-kerasnya beliau menarik balik 'posting' (hantaran) tersebut serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.
“Jika tidak Tony perlu dikenakan tindakan tegas kerana mempersendakan kuasa YDPA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Asna yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban berkata, tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP itu menggambarkan beliau tidak menghormati persefahaman dalam Kerajaan Perpaduan.
“Beliau juga tidak menghormati sensitiviti kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang telah berjanji untuk melupakan permusuhan dan kisah silam.
“Ini bukanlah kali pertama Tony Pua melakukan tindakan biadap ini sebab itu perlu ada satu tindakan tegas terhadapnya dari sudut perundangan negara mahupun dalaman parti,” katanya.
Semalam, Tony melalui akaun Facebook beliau dengan nada sinis menyindir keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung hukuman Najib.
Sebelum ini, Tony antara pemimpin PH yang lantang bersuara berkenaan salah laku ketika era pentadbiran Najib.
Tony pernah menjadi Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyaksikan beliau menjadi individu penting yang mengusulkan agar kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas pemulangan aset untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta SRC International pada tahun 2020.
Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Menurut kenyatan yang dikeluarkan urusetia lembaga tersebut, keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu.
Topic Berkaitan
#pengampunan Najib
#Najib Razak
#lembaga pengampunan
#Tony Pua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan