awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengganti Chow untuk terajui DAP Pulau Pinang diketahui hari ini

Bernama
Bernama
22/09/2024
03:10 MYT
Pengganti Chow untuk terajui DAP Pulau Pinang diketahui hari ini
Walaupun difahamkan Chow akan kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang hingga akhir penggal ini, namun Pengerusi DAP negeri baharu akan menggalas tugas membuat persediaan menuju pilihan raya umum seterusnya. -Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Persoalan mengenai bakal pengganti Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan terjawab pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Pulau Pinang di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Persoalan mengenai pengganti Chow Kon Yeow akan terjawab pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Pulau Pinang hari ini. Chow akan kekal sebagai Ketua Menteri hingga akhir penggal ini.
  • Menteri Sumber Manusia Steven Sim dan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying disebut-sebut sebagai calon utama dengan formula "kombinasi Sim-Lim" yang mendapat restu pemimpin parti.
  • Seramai 31 individu bertanding untuk 15 jawatan Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027, termasuk Wong Hon Wai, Jagdeep Singh Deo, dan H'ng Mooi Lye.

Walaupun difahamkan Chow akan kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang hingga akhir penggal ini, namun Pengerusi DAP negeri baharu akan menggalas tugas membuat persediaan menuju pilihan raya umum seterusnya.
Konvensyen hari ini turut menjadi hangat apabila terdapat desas-desus mengatakan Menteri Sumber Manusia Steven Sim bakal menerajui DAP Pulau Pinang manakala Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying terus berkhidmat sebagai Setiausaha DAP negeri dengan formula "kombinasi Sim-Lim" yang turut dikatakan mendapat restu pemimpin utama parti.
Sim dan Lim juga merupakan antara 31 individu yang bertanding untuk merebut 15 jawatan Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027, selain Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai, Timbalan Ketua Menteri II Jagdeep Singh Deo dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri H'ng Mooi Lye.
Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di Pusat Konvensyen Setia SPICE Arena, Bayan Lepas pagi ini bertemakan "Kekal Harapan, Kukuh Perpaduan".
Konvensyen DAP Pulau Pinang tahun ini turut menarik perhatian berikutan Chow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang dalam pemilihan parti kali ini.
Chow, Ketua Menteri Pulau Pinang kelima, mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri itu pada 2018 sebelum mengangkat sumpah untuk penggal kedua pada 13 Ogos tahun lepas.
Pada pemilihan parti negeri 2021, Chow dipilih menjadi Pengerusi DAP negeri dengan undian tertinggi, iaitu majoriti 1,211 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#Pengerusi DAP Pulau Pinang
#Ketua Menteri
#kombinasi Sim-Lim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan