Pengundi di kalangan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Semenyih seharusnya menjadikan pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu sebagai referendum untuk menolak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tergesa-gesa hendak melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn menegaskan, ia berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu yang melihat keperluannya untuk meningkatkan keupayaan dan profesionalisme PDRM melalui pelbagai kaedah lain, berbanding penubuhannya kerana berkaitan isu disiplin.
"Apa perlunya IPCMC? Saya ingin bertanya kepada Kerajaan PH terutamanya Latheefa Koya yang sibuk sangat hendak melaksanakan idea ini?
"Kalau hendak melihat kepada hal rasuah, adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melakukan tugasan mereka dengan baik?
"Kalau hendak bercakap soal disiplin, PDRM sudah mempunyai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mereka sendiri. Sudah tentu Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akan sentiasa memantau anggotanya" katanya ketika ditemui di sini, pada Isnin.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan bersetuju supaya
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) diperkasakan dan dikenali sebagai IPCMC.
Selain itu, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya juga menyambut baik langkah kerajaan untuk mewujudkan IPCMC, dan menyifatkannya sebagai sudah lama tertunda.
Latheefa juga berharap, suruhanjaya itu diberikan kuasa yang diperlukan dan benar-benar bebas dalam melaksanakan fungsinya.
Dalam pada itu kata Bastien yang juga Ketua Pemuda UMNO Segamat, isu-isu berkaitan PDRM boleh dibincangkan di Parlimen.
"Jadi tidak ada keperluan untuk menubuhkan IPCMC seperti Australia, United Kingdom (UK) dan negara-negara Barat lain.
"Kerajaan sepatutnya membela nasib anggota PDRM dan bukannya menekan mereka sehingga bertambah susah untuk melaksanakan tugasan.
"Kalau benar mereka mahu membela PDRM, berikan fokus kepada soal kebajikan, peralatan kepolisan, perumahan serta kuarters. Hal-hal ini lebih penting dari penubuhan IPCMC," jelasnya.
Dalam perkembangan berasingan, Bastien melihat kerajaan PH memalukan Mohamad Fuzi dengan butiran sebuah syarikat ramalan nombor menaja rombongan kerja pasukan keselamatan ke Turki baru-baru ini.
BACA: KPN nafi berhibur di Turki
"Walhal itu adalah bajet dari Kementerian Kewangan yang ditabung oleh syarikat-syarikat perjudian bagi menampung sebarang kos berkaitan industri perjudian di negara ini.
"Saya melihat pendedahan sumber ini sebagai sesuatu yang memalukan PDRM kerana ini bukan pertama kali lawatan kerja sebegini dibuat," katanya.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, lawatan PDRM yang diketuai oleh Mohamad Fuzi ke Turki dibayar oleh syarikat nombor ramalan itu untuk tujuan mempelajari teknik membanteras judi dalam talian.
Menurut Guan Eng, walaupun lawatan itu diluluskan Lembaga Totalisator sebuah agensi bawah Kementerian Kewangan perbelanjaannya bukan daripada kerajaan.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak mengetahui perincian mengenai lawatan itu yang dibayar oleh sebuah syarikat nombor ramalan.
Beliau berkata, secara prinsipnya lawatan itu tiada sebarang masalah dan tugasnya sebagai menteri bertanggungjawab ke atas PDRM akan menilai terlebih dulu permohonan sebelum sebarang kelulusan lawatan ke luar negara diberikan.
Wan Syamsul Amly
Mon Feb 25 2019

BASTIEN: Kalau hendak melihat kepada hal rasuah, adakah SPRM tidak melakukan tugasan mereka dengan baik? - Foto fail
![[SIDANG MEDIA] Ketua Menteri Sabah berkenaan Program Imunisasi COVID-19 [SIDANG MEDIA] Ketua Menteri Sabah berkenaan Program Imunisasi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893621/24668255971614826657021_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Ketua Menteri Sabah berkenaan Program Imunisasi COVID-19

Fenomena alam luar biasa: 'Taufan ruang angkasa' dikesan atas Kutub Utara
Taufan tersebut bukan berbentuk seperti air sebaliknya merupakan hujan elektron yang berputar lawan arah jam.

Bersatu bincang keputusan MT UMNO petang ini – Reaksi Felo Penyelidik Ilham Centre
Untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut, kita bersama Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid.

Durian Musang King dirampas di KLIA
Empat kotak yang dibawa seorang lelaki tempatan itu mengandungi 16 biji buah durian seberat 56 kilogram.

Ringgit dibuka rendah sebanyak 30 bps berbanding dolar AS
Ringgit gagal mengekalkan peningkatannya sewaktu dibuka pada Khamis berikutan diniagakan rendah berbanding dolar AS.

Politik | Bersatu bincang keputusan MT UMNO petang ini
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu kenyataan memaklumkan Mesyuarat Biro Politik Bersatu semalam yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membincangkan surat Presiden UMNO bertarikh 26 Februari lalu.
![[TERKINI] Majlis perasmian Program Imunisasi COVID-19 peringkat Sabah [TERKINI] Majlis perasmian Program Imunisasi COVID-19 peringkat Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893614/24668255681614824091926_640x360.jpg)
[TERKINI] Majlis perasmian Program Imunisasi COVID-19 peringkat Sabah
![[EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew [EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614825546_EbitLiew.jpg)
[EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew
Pendakwah dan usahawan muda berusia 36 tahun ini merasakan bahawa segala kurniaan Tuhan kepada kita harus dimanfaatkan sebaiknya ke jalan kebaikan dan kebenaran.

Niaga AWANI: Robert Walters | Gaji akan pegun, bonus masih ada
Pasaran pekerjaan malaysia dijangka menyaksikan pengambilan pekerja yang perlahan dan konservatif pada 2021. Menurut edisi ke 22, Tinjauan Gaji Malaysia 2021 terbitan agensi pengambilan pekerja Robert Walters ini mengekori trend pada 2020 dan dijangka berterusan pada separuh pertama 2021. Pengarah, Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan, Sumber Manusia dan Undang-Undang, Robert Walters Malaysia, Raja Ahmad Muzamir berkongsi dengan Editor, Rizal Zulkapli tentang trend pengambilan pekerja, dan bagaimana pekerja boleh bersedia untuk 2021.

Niaga AWANI: Pengurusan data dan jurang teknologi hospital di Malaysia
COVID-19 meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan sektor kesihatan negara dan pengurusan data. Rizal Zulkapli menemubual Pengurus Negara, Vertiv, Teoh Wooi Keat untuk mendapatkan pandangan tentang jurang teknologi di pusat kesihatan di Malaysia dan apakah teknologi baru yang mampu tingkatkan pengalaman dan manfaat kepada pesakit.

Pengundi PDRM perlu jadikan Semenyih sebagai referendum tolak IPCMC - Bastien
Bastien menggesa pengundi daripada anggota PDRM menjadikan PRK Semenyih sebagai referendum menolak kerajaan PH.