awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan gerakan parti baharu pilihan untuk rakyat - Jamil Khir

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2015
11:27 MYT
Penubuhan gerakan parti baharu pilihan untuk rakyat - Jamil Khir
Jamil Khir (gambar) berpendapat cadangan penubuhan parti politik baharu adalah amalan biasa bagi sebuah negara demokrasi. -Foto Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berpendapat bahawa cadangan penubuhan parti politik baharu adalah amalan biasa bagi sebuah negara demokrasi.
Malah, beliau menyifatkan penubuhan Gerakan Harapan Baharu (GHB) mampu menyemarakkan lagi pentas politik tanah air.
"Sebenarnya kalau kita sebut kewujudan pelbagai parti ini, kebanyakannya berdiri di atas nama untuk orang-orang Melayu.
"Jadi hal seperti ini juga dilihat dalam konteks demokrasi. Kita tidak melihat dalam konteks yang secara politik mungkin ada pelbagai tafsiran, tapi inilah hakikat demokrasi dan terpulang kepada rakyat untuk memilih," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Jerai di sini.
GHB berhasrat menjadi sebuah parti politik baharu pada 14 September ini dengan konvensyen pertama dijadual berlangsung pada 16 September di ibu negara.
GHB diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan disertai bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar; dan bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Ia turut disertai bekas pemimpin kanan PAS Khalid Samad, Mohammad Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai Jawatankuasa Interim GHB.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu bai'ah dan bercerai talak tiga dalam kalangan anggota PAS yang ingin meninggalkan parti itu, Jamil Khir berkata: "Biar mereka yang terlibat dengan bai'ah yang membuat ulasan mengenainya."
Beliau berkata bai'ah adalah ikatan perjanjian dan isu mengenai bai'ah tidak hanya timbul menjelang pilihan raya.
"Dalam hal talak tiga, tidak kira bai'ah atau apa sekalipun, ia mengikrar, kalau ada talak terpulang kepada orang itu sebab kita pun tidak tahu siapa yang ada bai'ah.
"Ini bukan hal untuk saya uruskan bagi tujuan penyelesaian tetapi terpulang kepada parti-parti yang terlibat, yang melakukan bai'ah, biar orang yang terlibat sahaja yang buat ulasan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Gerakan Harapan Baharu
#GHB
#Jamil Khir Baharom
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan