IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mencadangkan tarikh bagi mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk memohon perkenan baginda.
Speaker DUN Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad akan menghadap Sultan Nazrin bagi menyembah maklum mengenai cadangan tarikh untuk persidangan itu pada minggu ini.
"Saya difahamkan dalam minggu ini Menteri Besar akan menghadap Tuanku Sultan untuk sembah maklum cadangan tarikh untuk mengadakan Sidang DUN.
"Selepas mendapat perkenan dari Tuanku, barulah kita akan keluarkan notis untuk memanggil sidang dewan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini, Mohammad Zahir dilaporkan berkata persidangan DUN Perak sepatutnya diadakan selewat-lewatnya Jun ini selepas persidangan terakhir pada Disember lepas ketika pembentangan Belanjawan 2021 negeri.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu lepas menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan pula dipetik berkata di peringkat negeri, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin.
Jumaat lepas, beberapa negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah memaklumkan akan membuat pemohonan bagi mengadakan sidang DUN manakala Perlis dijadual kembali bersidang selama tiga hari bermula 24 Ogos.
Pada Sabtu lepas, sidang DUN Melaka dilaporkan akan diadakan selewat-lewatnya pertengahan bulan depan selepas tarikh sebenar pelaksanaannya digazetkan.
Semalam pula, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan Kedah belum bercadang untuk mengadakan persidangan DUN dan hanya melaksanakannya selepas Parlimen bersidang berikutan masih terikat dengan Ordinan Darurat.
DUN Kelantan juga dilaporkan hanya akan bersidang selepas Parlimen mengumumkan tarikh persidangannya, kata Yang Dipertuanya Datuk Abdullah Ya'kub.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021
Persidangan DUN Perak sepatutnya diadakan selewat-lewatnya Jun ini selepas persidangan terakhir pada Disember lepas ketika pembentangan Belanjawan 2021 negeri.- Gambar fail
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Sidang Khas Parlimen: KPM, KPT wajar bentang isu pendidikan negara - JKPPH
Jawatankuasa tersebut dalam satu kenyataan bersama menggesa agar perancangan kerajaan berhubung isu pendidikan yang dirangka KPM dan KPT dibentang.
UMNO dilihat tamak kuasa jika keluar kerajaan PN - Penganalisis politik
Tindakan sedemikian juga boleh mengundang kecaman dan dipandang negatif.
Buka Parlimen: 'We will see you soon' - Timbalan Speaker
Sesi sembah maklum kedua-dua Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim di Istana Negara berakhir kira-kira 12 tengah hari tadi.
Buka Parlimen: Kuasa Agong dengan nasihat jemaah menteri - Peguam Negara
Penjalanan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang hendaklah dijalankan mengikut nasihat jemaah menteri.
Sidang Parlimen secara hibrid dijangka akhir Ogos, awal September - Yang di-Pertua Dewan
Sedikit masa lagi diperlukan oleh Parlimen Malaysia untuk memperolehi bekalan, mengintegrasikan sistem persidangan hibrid dengan sistem sedia ada, ujian, pentauliahan dan juga latihan.
Perak akan cadang tarikh sidang DUN bagi mohon perkenan Sultan Nazrin - Speaker
Kerajaan Negeri Perak akan mencadangkan tarikh bagi mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk memohon perkenan baginda.
Pembukaan Parlimen medan terbaik cari penyelesaian COVID-19 - Mohd Razlan
Pelbagai isu boleh dibincang serta diperdebat di Dewan Rakyat, terutamanya Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri baru-baru ini.
Pembukaan Parlimen: PH ambil pendekatan 'Khemah Besar', serah memorandum kepada Agong
Pakatan Harapan (PH) akan mempersembahkan satu memorandum yang ditandatangani semua Ahli Parlimennya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara agar pembukaan semula Parlimen.