Pengerusi UDA Holdings Bhd Datuk Hisham Hamdan mendakwa dirinya tidak dijangkiti COVID-19 susulan kunjungannya ke Shanghai, memandangkan beliau telah pulang dari bandar itu sebelum terdapat sebarang kes yang disahkan.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui bahawa gelombang kedua COVID-19 di Malaysia dikaitkan dengan dirinya.

"Namun persoalannya, untuk dikaitkan dengan penyakit ini berbanding punca atau pembawa asal
penyakit ini adalah dua perkara yang sama sekali berbeza," ujar Hamdan yang berpesan supaya setiap orang harus berpegang kepada fakta.

Pada masa yang sama, beliau memuji usaha gigih golongan profesional perubatan di Kementerian Kesihatan, dan berterima kasih mereka semua atas segala jasa mereka kepada negara.

Ikuti kenyataan penuh daripada Hamdan: