awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Sampai bila nak macam ini?' - Penduduk Matang Jaya gesa tindakan segera isu pencemaran habuk
Aduan disiplin terhadap Muhyiddin tidak berasas - Tun Faisal
Subahan optimis Speedy Tigers tempah slot ke Piala Dunia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar gesa flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza diberi laluan selamat

Bernama
Bernama
15/09/2025
21:30 MYT
PM Anwar gesa flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza diberi laluan selamat
Perdana Menteri Anwar menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha, Qatar pada Isnin. - Gambar Bernama
DOHA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kumpulan flotila yang membawa bantuan kemanusiaan dalam pelayaran ke Gaza diberi laluan selamat serta tidak dihalang atau diserang.
Ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di sini, pada Isnin, Anwar menegaskan, flotila itu bukan membawa senjata, sebaliknya membawa harapan bantuan kepada penduduk Gaza yang sedang dikepung.
"Ini ialah misi kemanusiaan dan kita mesti melakukan segala yang termampu bagi memastikan ia sampai ke destinasi.
"Jika ia dihalang dengan keganasan, ia bermakna kita mengkhianati amanah nurani kita untuk mempertahankan golongan lemah, melindungi yang tertindas serta memberi makanan kepada yang kelaparan," katanya.
Konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini sedang merentasi Laut Mediterranean, membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan menuju ke pesisir Gaza.
Misi berkenaan melibatkan lebih 50 kapal dengan penyertaan sukarelawan dari 44 negara, bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan berupa makanan dan ubat-ubatan ke wilayah yang dikepung itu.
Anwar merupakan penaung Sumud Nusantara, salah satu kumpulan yang menyertai misi berkenaan dan menghimpunkan kapal serta sukarelawan dari seluruh dunia.
Malaysia turut diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Ardell Aryana.
Pada 10 Sept lepas, kapal induk Family diserang dron ketika berlabuh di Sidi Bou Said, Tunisia, disusuli serangan terhadap kapal Alma pada malam Selasa.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua insiden itu.
Sabtu lepas, koresponden Anadolu melaporkan konvoi awal kapal GSF berlepas dari Pelabuhan Bizerte di Tunisia menuju ke Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam
#flotila
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan