awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL pastikan tiada ‘middleman’ ambil kesempatan tapak bazar Ramadan - Hannah Yeoh
Tehran sedia untuk perjanjian nuklear adil, saksama, kata diplomat kanan Iran
Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar berlepas pulang dari Doha

Bernama
Bernama
15/09/2025
21:15 MYT
PM Anwar berlepas pulang dari Doha
Perdana Menteri Anwar menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, susulan serangan Israel terhadap Doha baru-baru ini. - Gambar fail
DOHA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke tanah air pada Isnin selepas menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di sini.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan delegasi Malaysia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pada 8.10 malam waktu tempatan (1.10 pagi, 16 Sept waktu Malaysia).
Anwar dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pagi Selasa sebelum menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth pada sebelah malam.
Terdahulu, ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada sidang kemuncak itu, Anwar mendesak tindakan tegas terhadap Israel, mengecam serangan udara terbaru rejim itu ke atas Doha, ibu negara Qatar, serta pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza.
Perdana Menteri turut menuntut supaya bantuan kemanusiaan menerusi Konvoi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), yang kini sedang merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan menuju ke pesisir Gaza, diberi laluan selamat untuk tiba di wilayah itu.
Delegasi Anwar disertai Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar.
Anwar menghadiri sidang kemuncak itu atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, susulan serangan Israel terhadap Doha baru-baru ini.
Sidang kemuncak itu turut dihadiri pemimpin negara-negara Islam termasuk Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Presiden Palestin, Mahmud Abbas dan Raja Jordan, Raja Abdullah II Al Hussein.
Menurut laporan media antarabangsa, sidang kemuncak luar biasa itu membincangkan serangan Zionis ke atas Doha pada 9 Sept lepas, yang didakwa menyasarkan kepimpinan politik Hamas ketika berunding mengenai cadangan gencatan senjata Gaza yang disokong Amerika Syarikat.
Serangan di kawasan Leqtaifiya itu melibatkan kira-kira 15 jet pejuang Zionis, mengorbankan enam orang termasuk anak pemimpin kanan Hamas, Khalil al-Hayya, pengarah pejabatnya serta seorang pegawai keselamatan Qatar, sementara pemimpin utama Hamas dilaporkan terselamat.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#israel serang doha
#Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam
#PM berlepas pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan