awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralihan kuasa Tun M kepada Anwar perlu berjalan lancar - Penganalisis

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
30/12/2018
22:01 MYT
Peralihan kuasa Tun M kepada Anwar perlu berjalan lancar - Penganalisis
Pada Ahad, Dr Mahathir berkata tugasnya sebagai Perdana Menteri akan tamat dalam masa terdekat dan penggantinya, Anwar, dilihat bersedia untuk menggalas jawatan itu. - Gambar fail
Peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berjalan lancar dan tersusun supaya tidak mengganggu gugat kestabilan negara.
Penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, peralihan kuasa sepertimana dilakukan Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2002 mungkin boleh dilaksanakan sekali lagi supaya ia tidak melahirkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.
Beliau berpendapat, usaha mensejahterakan negara perlu lebih diutamakan memandangkan terdapat pihak-pihak yang berusaha menggagalkan peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar.
"Kadang-kadang bila wujud usaha-usaha untuk merencat proses peralihan, itu juga boleh mempengaruhi dasar, polisi dan gerak kerja perubahan yang mahu dilakukan.
"Jika banyak pihak cuba memberi pandangan berbeza tanpa mengambil kira pandangan daripada pihak terbabit, termasuk dari Dr Mahathir dan Anwar, maka ini akan menambahkan lagi polemik.
"Polemik ini perlu dihentikan supaya politiking itu dihentikan, dan tumpuan diberikan kepada usaha-usaha mensejahterakan negara," katanya kepada Astro AWANI.
Pada Ahad, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak akan menjawat jawatan Perdana Menteri melebihi dua tahun disebabkan faktor umur.
Malah Dr Mahathir menjelaskan tugasnya sebagai Perdana Menteri akan tamat dalam masa terdekat dan penggantinya dilihat bersedia untuk menggalas jawatan itu.
Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Pakatan Harapan mengumumkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh untuk tempoh dua tahun sebelum menyerahkan kepada Anwar.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Bersatu
#kestabilan negara
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#peralihan kuasa
#Perdana Menteri
#PKR
#Sivamurugan Pandian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan