awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Percepat dan nyatakan tarikh sidang Parlimen dalam masa terdekat - Undi18

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
02/03/2021
05:43 MYT
Percepat dan nyatakan tarikh sidang Parlimen dalam masa terdekat - Undi18
Pengasas Bersama dan Pengarah Advokasi Undi18, Tharma Pillai berkata, tiada masalah untuk meletakkan kesemua 222 wakil rakyat bersidang jika sudah ada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempercepatkan dan menyatakan dengan jelas tarikh sidang Parlimen dalam masa yang terdekat.
Pengasas Bersama dan Pengarah Advokasi Undi18, Tharma Pillai berkata, tiada masalah untuk meletakkan kesemua 222 wakil rakyat bersidang jika sudah ada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Saya rasa kalau kita sudah mampu pelbagai sektor , ekonomi, sukan, perniagaan, sekolah dan sebagainya, Saya rasa tiada masalah untuk kita letakkan 222 Ahli Parlimen dalam satu dewan secara selamat dengan segala SOP.
"Seperti yang dititah Yang diPertuan Agong, Parlimen adalah satu institusi yang penting untuk memberikan semak dan imbang kepada kerajaan dan juga menyuarakan pendapat rakyat," katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Ujarnya, kerajaan perlu mendapatkan respons dari pelbagai pihak untuk memastikan polisi kerajaan dibuat dengan telus , berkesan dan bernas.
"Maka kita tidak boleh mengharapkan dengan mentaliti bahawa kerajaan lakukan kesemuanya. Fungsi Parlimen antaranya adalah supaya ahli-ahli Parlimen kita mampu memberikan hujah dan cadangan untuk menambahbaik SOP sedia ada dan menambahbaik cara menangani pandemik, apakah polisi-polisi yang boleh dilakukan," tambahnya.
Beliau turut memberi contoh inisiatif negara lain yang memberi perlindungan tertentu kepada individu yang kehilangan rumah susulan dibuang kerja ketika pandemik COVID-19.
Sebelum ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, Dewan Rakyat tidak akan bersidang pada 8 Mac hingga 8 April ini.
Beliau menjelaskan, tarikh awal yang dijadual itu sebelum pengisytiharan Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Oleh yang demikian, katanya, tarikh persidangan akan datang masih belum ditentukan.
Pada 24 Februari lalu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al'Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#SOP
#Parlimen
#kerajaan
#COVID-19
#pandemik
#parlimen bersidang
#Undi18
#Proklamasi Darurat
#darurat
#Tharma Pillai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan