SHAH ALAM: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan susulan tular isu ahli AMK negeri berhasrat menganjurkan percutian ke Hatyai, Thailand.
Beliau berkata, AMK di setiap negeri bebas untuk mengadakan apa sahaja program dalaman yang bertujuan mengukuhkan hubungan dalam organisasi mengikut acuan masing-masing.
Menurutnya, ia sebagai persediaan awal untuk siri latihan intensif di setiap negeri anjuran AMK Pusat menerusi Akademi Keadilan Rakyat (AKAR) yang telah ditakwimkan bermula Ahad depan.
“Selepas ‘retreat’ di Kuala Lumpur bulan lalu, saya beri mandat dan kebebasan buat teman AMK di negeri masing-masing untuk anjur apa sahaja program dalaman.
“Saya hargai usaha setiap teman-teman pimpinan dalam memenuhi arahan tersebut tetapi kadangkala tidak sensitif dan akhirnya dilihat tersasar.
“Sayang sekali pengajaran buat teman AMK yang sedang meningkat naik datang dari insiden sebegini,” katanya menerusi hantaran di X pada Khamis.
Sebelum ini, tular di media sosial X apabila orang ramai mempertikaikan tindakan ahli AMK memuat naik hebahan poster percutian ke Hatyai, namun enggan mengulas isu berbangkit dalam negara.
Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan memaklumkan, AMK sentiasa terbuka dan menghargai segala teguran, kritikan serta pandangan orang ramai.
“Ada yang cepat kita baiki, ada yang masih belum berhasil,” ujarnya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 22 2024
Adam Adli memaklumkan, AMK sentiasa terbuka dan menghargai segala teguran, kritikan serta pandangan orang ramai. - Gambar fail BERNAMA
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli
Katanya, AMK di setiap negeri bebas mengadakan apa sahaja program dalaman yang bertujuan mengukuhkan hubungan dalam organisasi.