awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia

Bernama
Bernama
14/05/2024
08:30 MYT
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A. - FB Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Momentum kemenangan skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan pada Piala Asia 2024 terhenti selepas mengalami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A, di Chonburi, Thailand hari ini.
Aksi berlangsung di Thailand National Sport University (TNSU) Kampus Chonburi menyaksikan Kazakhstan membuka tirai jaringan pada minit ke-12 hasil jaringan pukulan sudut penalti Viktoriya Labanova disusuli gol dari situasi sama oleh Balzhan Baisenbay, selang dua minit kemudian.
Kazakhstan terus menambah derita skuad negara apabila Viktoriya Lyapina menyumbat masuk gol padang pada minit ke-23 sebelum tonggak pertahanan kebangsaan, Fazila Sylvester Silin memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit ke-28 untuk menjaringkan gol sagu hati buat Malaysia.
Bagaimanapun, pasukan lawan kembali melebarkan kedudukan apabila Lovanova dan Baisenbay masing-masing menggandakan jaringan peribadi pada minit ke-33 menerusi pukulan sudut penalti serta minit ke-34 hasil jaringan padang.
Ketua jurulatih Mohd Rodzhanizam Mat Radzi mengakui anak buahnya tidak menampilkan permainan baik seperti ditampilkan mereka ketika membelasah Vietnam 25-0 dan Oman 12-1, semalam.
"Pemain masih melakukan kesilapan-kesilapan mudah dan tidak menterjemahkan kelebihan pukulan sudut penalti kepada jaringan.
"Kelemahan pada perlawanan ini perlu segera kami baiki menjelang pertemuan dengan Iran (petang ini).
"Iran juga merupakan pasukan yang mampu memberikan aksi yang baik dan kami tidak boleh memandang mudah terhadap mereka," katanya dalam kenyataan oleh Konfederasi Hoki Malaysia.
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad hoki
#hoki wanita dalam dewan
#Piala Asia
#Kazakhstan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan