POLITIK
Perhimpunan Agung Bersatu: ‘Saya akan mati dalam parti, Muhyiddin Presiden terbaik’ - Hamzah

Hamzah berucap pada sesi utama Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2025 di sini hari ini. - Foto Bersatu
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini menegaskan kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi terhadap parti dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sambil menyifatkan beliau sebagai “guru” dan “Presiden terbaik” dalam sejarah perjuangan politiknya.
Ringkasan AI
- Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainuddin, menafikan dakwaan pengkhianatan dan menyifatkan Muhyiddin sebagai 'Presiden terbaik' serta berjanji kekal setia kepada parti.
- Hamzah menekankan kemenangan PRU16 lebih penting daripada perebutan jawatan, menyeru semua pihak bersatu demi kejayaan parti.
- Hamzah menyatakan ini adalah parti terakhirnya dan beliau akan terus berjuang bersama Muhyiddin, menolak tuduhan wujud pengkhianat dalam parti.
Beliau turut menafikan sebarang dakwaan bahawa dirinya cuba mengkhianati parti, sebaliknya menyatakan hasrat untuk terus menjadi pendukung setia kepada Presiden.
“Saya bukan pengkhianat. Saya mahu jadi sahabat, duduk di sebelah Presiden. Sebagai adik kepada Presiden, orang suruhan kepada Presiden. Tidak lebih daripada itu,” katanya.
Hamzah menekankan bahawa kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) adalah keutamaan mutlak bagi parti, dan hanya selepas itu kedudukan individu dalam parti akan ditentukan.
“Engagement lebih penting. Kita kena menang dahulu, baharu kita tentukan di mana tempat kita semua,” ujarnya.
Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa Bersatu akan menjadi “nakhoda” dalam pelayaran politik negara menuju kejayaan masa depan.
Dalam pada itu, Hamzah menegaskan kesetiaannya terhadap parti dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sambil menolak sekeras-kerasnya sebarang tuduhan pengkhianatan terhadap dirinya dan kumpulan kepimpinan parti.
Tegas beliau lagi, beliau tidak pernah berniat untuk mengkhianati parti, malah menyifatkan dirinya sebagai “adik kepada Presiden” dan “sahabat yang setia”.
“Tak ada ‘Si Kitol’ pun dalam dewan ini. Saya tak nak cakap panjang… Tan Sri, please believe me. Kami di sini sayangkan Tan Sri, kami sayangkan parti ini,” katanya dengan nada penuh emosi.
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2025 berlangsung selama dua hari dan disifatkan sebagai platform penting dalam merangka strategi parti Bersatu menjelang PRU16.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami