awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung UMNO 29 dan 30 Sept

Bernama
Bernama
27/07/2018
23:55 MYT
Perhimpunan Agung UMNO 29 dan 30 Sept
Perhimpunan Agung UMNO 2018 dijadual berlangsung pada 29 dan 30 Sept ini. - Astro AWANI
Perhimpunan Agung UMNO 2018 dijadual berlangsung pada 29 dan 30 Sept ini, kata presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ia dimulakan dengan perhimpunan sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pada 29 Sept, diikuti persidangan parti keesokan harinya.
Ahmad Zahid mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini pada Jumaat.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata mesyuarat pada Jumaat turut memutuskan untuk menurunkan had umur keanggotaan parti dari 18 kepada 16 tahun.
"Kita perlu bersiap siaga dan kita merasakan umur belia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa adalah (dari) 15 tahun, jadi kita ambil setahun lewat daripada definisi umur belia," katanya
Selain itu, MT UMNO juga bersetuju menubuhkan jemaah penasihat yang akan dipengerusikan veteran parti Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha melakukan penambahbaikan terhadap parti. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Agung UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan