KUALA LUMPUR:UMNO akan menangguhkan Perhimpunan Agungnya (PAU) yang sepatutnya berlangsung 30 dan 31 Januari ini, selaras dengan pelaksanaan Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh baharu perhimpunan agung akan ditentukan kemudian.
Bagaimanapun, katanya lagi, pemilihan parti di semua peringkat, bagi penggal 2021/24, akan berlangsung pada satu tarikh yang sesuai tahun ini.
“Selaras dengan Proklamasi Darurat dan PKP, Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari, 2021, adalah ditangguhkan. Tarikh baharu akan dimaklumkan kelak.
“Dimaklumkan juga YB Datuk Seri Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) bersetuju agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semua peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh yang sesuai tahun 2021,” katanya lagi.
Ahmad berkata, pimpinan pusat ingin mengingatkan semua ahli-ahli UMNO untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.
Selain itu beliau berkata, kesemua ahli UMNO diingatkan agar sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu-isu membela dan membantu rakyat, pada saat yang begitu mencabar ini.
Sebelum ini, beberapa Ketua Pemuda Bahagian mendesak Ahmad Zahid, serta pemimpin yang telah lama di atas, untuk berundur bagi membolehkan kepimpinan baharu mengambil alih parti.
Mereka berkata, serangan demi serangan dibuat ke atas Presiden sehingga ia mengakibatkan risiko dalam kawalan persepsi, dan akhirnya akan menggugat peluang UMNO untuk memenangi Pilihan Raya Umum seterusnya.
Selain itu mereka berkata, pemilihan parti perlu dilakukan tahun ini bagi memastikan rakyat dapat melihat barisan kepimpinan yang baharu, kurang dibelenggu isu-isu, dan diyakini dapat menerajui negara untuk tahun-tahun seterusnya.
Firdaus Azil
Mon Jan 18 2021

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh baharu perhimpunan agung akan ditentukan kemudian. - Gambar fail

Taiwan sasar jadi destinasi pelancongan mesra Muslim
Taiwan menduduki tangga ketiga dalam kalangan destinasi bukan OIC, di belakang Singapura dan United Kingdom.
Kecerdasan buatan: peraturan terhadap AI mungkin salah, tapi penting - CEO OpenAI
Pencipta ChatGPT OpenAI berkata, peraturan yang sedang dirangka terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI) mungkin salah tetapi ia penting dan tidak perlu ditakuti.
Rusia didakwa menyeksa tahanan Ukraine dengan kejam
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Ukraine, Erik Mose, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh berkenaan penyiksaan kejam yang dilakukan oleh Rusia ke atas warga Ukraine.
Keputusan Perancis undurkan tentera dari Niger tidak ubah pendirian AS
Keputusan Perancis untuk menarik tenteranya dari Niger tidak akan mengubah sokongan Amerika Syarikat terhadap pemulihan demokrasi. Washington terus mendesak pembebasan Presiden Bazoum dan mengembalikan kestabilan politik.
Filipina: Alihkan 'penghalang' diletak china di Laut China Selatan
Filipina melaksanakan 'operasi khas' untuk mengalihkan penghalang terapung yang dipasang China di kawasan penangkapan ikan utama di Laut China Selatan.

Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
China tuntut Scarborough Shoal, sekat nelayan Filipina
Jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Wang Wenbin, berkata Shoal dan perairan berdekatan adalah wilayah asal China, di mana Beijing memiliki kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan.
Kes demam malaria di Kelantan catat peningkatan 84%
Kes demam malaria di Negeri Kelantan melonjak 84% sejak Januari. Daerah Gua Musang mencatat jumlah kes tertinggi. JKNK menggesa masyarakat berwaspada.
Belanjawan 2024: Kerajaan diharap sedia peruntukan tangani isu kekurangan 20,000 guru – Pakar
Kerajaan diharap menyediakan peruntukan khas bagi tujuan lantikan guru secara 'one off' bagi menyelesaikan isu kekurangan 20,000 guru di negara ini.
KKM sedia hadapi ancaman penyakit X
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit X dalam negara.

MoF sedang teliti maklum balas, cadangan berkaitan Belanjawan 2024 - Ahmad Maslan
MoF telah menerima maklum balas dan cadangan termasuk daripada pihak kementerian, kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu melalui laman web MoF.

Tindakan Syed Saddiq tak jejas kestabilan kerajaan - Ahmad Maslan
Keputusan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk berada di blok pembangkang tidak menjejaskan kedudukan kerajaan dalam terus memacu ekonomi negara.

UMNO tak pecat Isham Jalil - Ahmad Maslan
Kenyataan yang dikeluarkan UMNO juga sebaliknya hanya menumpukan mengenai soal mengukuhkan kerjasama bersama rakan-rakan parti komponen.

Laksana semula GST: 'Saya akan jawab pada Isnin' - Ahmad Maslan
Persoalan sama ada kerajaan bakal melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bakal diketahui pada Isnin.

Bebas Zahid bukti pelepasan kezaliman dahsyat, beri peluang positif pada PRK - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan berkata keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah adalah bukti pelepasan daripada kezaliman yang amat dahsyat.

PRK: Bukan masa untuk protes, pulanglah mengundi - Ahmad Maslan
Semua pengundi luar kawasan bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram digesa untuk pulang bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Kerajaan jamin pencen pesara diteruskan, rancang penambahbaikan - Ahmad Maslan
Kerajaan kekal komited meneruskan pencen pesara walaupun berdepan tanggungan perbelanjaan mengurus (OE) semakin meningkat.

PRK Pulai: 'Johor tak dididik undi sesuatu parti, jalan ke syurga' - Ahmad Maslan
Para pengundi di Johor juga tidak mudah diselewengkan dengan fakta Islam yang dimainkan oleh parti pembangkang.

PRK: Tiada faedah sokong pembangkang - Ahmad Maslan
Pengundi PRK Simpang Jeram dan Parlimen Pulai mempunyai pilihan yang amat mudah untuk membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka.

'Gelombang rakyat' dikatakan PN hanya temberang - Ahmad Maslan
Istilah gelombang rakyat yang dimainkan Perikatan Nasional (PN) ketika ini hanyalah temberang dan cakap-cakap kosong, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.