awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian jawatan TPM wujud, Abdul Hadi kena rujuk Takiyuddin - Muhyiddin

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/07/2022
08:18 MYT
Perjanjian jawatan TPM wujud, Abdul Hadi kena rujuk Takiyuddin - Muhyiddin
Muhyiddin menjawab pertanyaan media ketika hadir pada program Kenduri Rakyat Aidiladha Perikanan Nasional Negeri Perak di Kampung Manjoi hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa sebenarnya memang wujud perjanjian mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kouta anggota Kabinet.
Menurutnya, selaku Pengerusi PN, beliau menandatangani perjanjian itu bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan disaksikan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta Tan Sri Annuar Musa.
Malah, katanya, draf perjanjian itu digubal oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
"Perdana Menteri tandatangan, yang disaksikan oleh Tan Sri Annuar Musa dan saya sebagai PN menandatangani, disaksikan oleh Datuk Seri Hamzah dan ramai lagi yang hadir dan itu telah pun disimpan oleh pimpinan-pimpinan parti. Jadi mungkin Tok Guru (Presiden Pas) boleh periksa balik dengan Datuk Takiyuddin yang sebenar adalah penulis draf perjanjian kita hari tu. Maka itu yang kenyataan sebenarnya," katanya.
Beliau ditemui ketika menghadiri Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak di Manjoi, Ipoh pada Isnin.
[TERKINI] Perjanjian jawatan TPM wujud, Hadi kena rujuk Takiyuddin – Muhyiddin
Menurutnya, selain jawatan Timbalan Perdana Menteri, bilangan jawatan dalam Kabinet turut terkandung di dalam perjanjian tersebut.
Beliau memberi contoh berdasarkan perjanjian itu, Pas mempunyai kuota tiga, Bersatu hampir 10 dan UMNO pula ada sebilangan.
Oleh sebab itu, jelas beliau, apabila Datuk Zuraida Kamarudin keluar daripada Bersatu, adalah wajar jawatannya diisi oleh Ahli Parlimen Bersatu.
BACA: UMNO tidak pernah tahu wujud perbincangan jawatan TPM - Ahmad Maslan
Pada Jumaat, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tiada sebarang perjanjian dibuat berhubung pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, antara PN dengan Perdana Menteri.
Menurutnya, perkara itu ada dibincangkan tetapi tiada keputusan mengenainya.
Politik | Tiada keperluan lantik TPM - Abdul Hadi
Topic Berkaitan
#jawatan TPM
#Muhyiddin Yassin
#ismail sabri yaakob
#Abdul Hadi Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan