awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu pinda Perkara 48(6) untuk RUU Akta Antilompat parti digubal - Salahuddin Ayub

Sinar Harian
Sinar Harian
11/04/2022
02:00 MYT
Perlu pinda Perkara 48(6) untuk RUU Akta Antilompat parti digubal - Salahuddin Ayub
SALAHUDDIN: Perlu pinda dahulu Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan Rang Undang Undang (RUU) Akta Antilompat Parti digubal. -Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: “Perlu pinda dahulu Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan Rang Undang Undang (RUU) Akta Antilompat Parti digubal,” kata Ahli Parlimen Pulai, Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, apabila Perlembagaan itu dipinda, membolehkan satu akta diwujudkan yang boleh menghalang mana-mana ahli politik menjual kerusi mereka ataupun dia melompat ke mana-mana parti.
Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan itu berkaitan kehilangan kelayakan seseorang ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun selepas meletak jawatan.
“Isunya kita hendak pelihara mandat rakyat itu, esok (hari ini) Perdana Menteri mungkin akan umumkan satu sidang khas untuk dibentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Antilompat Parti itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pindaan Perlembagaan Persekutuan yang akan diadakan pada Isnin bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Antilompat Parti dibentangkan.
“Ini antara teras dalam MoU pembangkang bersama kerajaan dan ia perlu dibahaskan segera di Parlimen, kita tidak mahu lagi wakil-wakil rakyat lompat parti seperti yang berlaku baru-baru ini,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai Perlembagaan Perkara 10(3) itu yang ingin dipinda yang akan melanggar kebebasan wakil rakyat, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, setiap undang-undang itu tidak akan ‘beku’.
“Mungkin hari pertama kita bawa undang-undang ini tiada wakil rakyat akan lompat parti atau hendak jual diri dia,contohnya yang buat dahulu Suruhanjaya Reid 1948 perkara itu tidak wujud lagi.
“Selepas masa berlalu semua undang-undang mengalami pindaan sama macam negara kita perlembagaan dah hampir 60 kali dipinda,” katanya.
Jelasnya, tidak ada undang-undang yang beku, dia akan berubah dan memerlukan pindaan setelah berlakunya peristiwa dan perubahan masa.
“Jadi hak asasi itu tidak boleh disalahgunakan untuk kononnya dia boleh jual kerusi yang dia dapat, semua ini kita akan bahaskan esok (hari ini),” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Akta Antilompat Parti
#Salahuddin Ayub
#Perlembagaan Persekutuan
#RUU Akta Antilompat Parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan