awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan Anwar hadir sidang parlimen tertakluk keputusan Lembaga Pengampunan

Bernama
Bernama
02/03/2015
09:27 MYT
Permohonan Anwar hadir sidang parlimen tertakluk keputusan Lembaga Pengampunan
Status permohonan Anwar Ibrahim untuk hadir sidang parlimen hanya akan diketahui selepas Lembaga Pengampunan buat keputusan. - Ahmad Zahid
Status permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat hanya akan diketahui selepas Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan berhubung petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga ketua pembangkang itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menerima surat permohonan daripada peguam Anwar, S. Sivarasa mengenai perkara itu dan telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara serta Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Sebagaimana yang diketahui, ia tertakluk kepada interpretasi perundangan tetapi yang lebih penting ialah Lembaga Pengampunan belum bersidang maka tentunya keputusan kita juga tertangguh.
"Lembaga Pengampunan hanya akan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya mengenai status permohonan Anwar, yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang bermula 9 Mac ini.
Ahmad Zahid berkata Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal penjara hanya boleh membuat keputusan mengenai kedudukan seseorang anggota Parlimen mengikut interpretasi perundangan.
"Terutama perkara 48 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Penjara serta undang-undang berkaitan dengan anggota Parlimen," katanya.
Pada 23 Feb lepas, isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak ketua pembangkang itu berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari pada 26 Jun, 2008.
Topic Berkaitan
##KitaLawan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#Liwat II
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan