awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan pengampunan Najib guna desakan politik - Muhyiddin

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2023
01:17 MYT
Permohonan pengampunan Najib guna desakan politik - Muhyiddin
Muhyiddin enggan mengulas lanjut mengenai pengesahan Perdana Menteri yang akan menjadi sebahagian daripada pihak yang terlibat dalam proses penilaian permohonan Lembaga Pengampunan itu. - Gambar fail
PASIR PUTEH: Perikatan Nasional (PN) menyifatkan usaha Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang memohon Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai desakan politik.
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun perkara tersebut terserah kepada Lembaga Pengampunan sama ada mahu mempertimbangkan atau sebaliknya berhubung permohonan itu.
"Isu ini (memohon pengampunan) ada proses dan prosedur tertentu. Setahu saya siapa yang boleh memohon, namun dia (UMNO) menggunakan desakan politik," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat khas bersama kepimpinan PN Kelantan di sini semalam.
Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor dan barisan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.
Muhyiddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pengesahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjadi sebahagian daripada pihak yang terlibat dalam proses penilaian permohonan Lembaga Pengampunan itu.
“Saya tidak boleh komen kerana perkara itu bersandarkan perlembagaan undang-undang,” katanya.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, MKT UMNO telah membuat ketetapan untuk merayu pengampunan bagi Najib, yang juga bekas Presiden, daripada Yang di-Pertuan Agong.
Setiausaha Agungnya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat pada mesyuarat bulanan MKT UMNO yang berlangsung pada Jumaat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#pengampunan Najib
#Perikatan Nasional
#desakan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan