awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persediaan PRK Batu Sapi dihentikan, SPR akan tetap tarikh baharu

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
18/11/2020
13:00 MYT
Persediaan PRK Batu Sapi dihentikan, SPR akan tetap tarikh baharu
Abdul Ghani berkata satu tarikh lain akan ditetapkan bagi PRK tersebut. Foto: Bernama
KUALA LUMPUR :Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebarang proses dan prosiding yang telah bermula bagi perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi tidak akan diteruskan.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh, dalam satu kenyataan menjelaskan satu tarikh lain akan ditetapkan bagi PRK tersebut susulan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong.
"SPR mengambil maklum akan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan PRK P.185 Batu Sapi, Sabah selepas diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda," jelasnya.
BACA: Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah - Istana Negara
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al Sultan Abdullah bertitah, amatlah wajar Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara.
BACA: Ini lima sebab PRK Batu Sapi perlu dielakkan
BACA: Darurat yang diisytiharkan tidak jejaskan kehidupan rakyat - PM
Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa darurat yang diisytiharkan di Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat di Batu Sapi.
Ini kerana jelasnya, tindakan itu hanya bertujuan untuk membatal dan menangguhkan PRK Batu Sapi demi melindungi nyawa rakyat.
Sebelum ini, PRK Parlimen Batu Sapi perlu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong daripada Warisan pada 2 Oktober lepas dan SPR menetapkan 23 November ini sebagai tarikh penamaan calon, 1 Disember sebagai tarikh mengundi awal dan 5 Disember sebagai tarikh mengundi.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#darurat
#Batu Sapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan