awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persempadanan: Patuhi perlembagaan dan prinsip kesaksamaan - Bersih 2.0

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2021
10:49 MYT
Persempadanan: Patuhi perlembagaan dan prinsip kesaksamaan - Bersih 2.0
Bersih 2.0 sifatkan kenyataan Khairuddin menunjukkan niat untuk melukis sempadan dengan pembahagian tidak sekata bagi memenangkan parti beliau.
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa ingin mengubah sempadan pilihan raya, dikritik Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
Dalam satu kenyataan, Bersih 2.0 menyifatkan kenyataan itu jelas menunjukkan niat untuk melukis sempadan dengan pembahagian tidak sekata (malapportionment) dan gerrymandering bagi memenangkan parti beliau dalam pilihan raya.
"Persempadanan yang berat sebelah (gerrymandering) adalah pengkhianatan kepada demokrasi.
"Dengan gerrymandering, ahli politik memilih pengundinya, memastikan bahawa penyokongnya mendominasi banyak kawasan sungguhpun sokongan rakyat telah menurun.
"Mangsa paling besar daripada pembahagian tidak sekata yang melampau ialah anak muda, kerana mereka tertumpu di kawasan kota yang kawasan-kawasan pilihan rayanya padat dengan pengundi," kenyataan itu menyebut.
Bersih 2.0 juga menggesa agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memperbaiki pembahagian tidak sekata di dalam negeri (interstate malapportionment) yang bertambah teruk kesan daripada persempadanan semula pada tahun 2016.
"Negeri-negeri yang majoriti Melayu seperti Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu juga menerima kesan buruk daripada pembahagian tidak sekata antara saiz parlimen terbesar dan parlimen terkecil, melebihi 33.33 peratus sisihan piawai yang dibenarkan.
"Sebagai contoh, nisbah kawasan parlimen terbesar dan terkecil di Kedah adalah 2.7, Kelantan 2.4 dan Perak 3.4. Pembahagian tidak sekata melanggar prinsip “satu orang, satu undi” dan ini memberi kesan terhadap perwakilan rakyat di kawasan-kawasan yang telah dibahagikan secara tidak sekata," tambah kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Bersih 2 0
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Parlimen
#pilihan raya
#politik
#Mohd Khairuddin Aman Razali
#persempadanan pilihan raya
#pengundi
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan