KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang antara lain menyentuh beberapa perkara penting termasuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dalam catatan di laman Facebooknya, Muhyiddin berkata mesyuarat berkenaan turut membincangkan dan mempersetujui untuk memperkemaskan gabungan parti anggota PN, memperkukuhkan kerjasama dengan parti dalam kerajaan pimpinan PN serta melaksanakan program segera untuk memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara.
"Majlis Tertinggi PN terus komited untuk menzahirkan aspirasi kerajaan dan rakyat seluruhnya," katanya.
Katanya, mesyuarat tersebut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan semua ahli Majlis Tertinggi lain.
Sementara itu, Muhyiddin, yang juga presiden BERSATU, berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Abdul Hadi dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengenai usaha memperkukuhkan hubungan kerjasama antara ketiga-tiga parti tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020

Muhyiddin berkata mesyuarat berkenaan turut membincangkan dan mempersetujui untuk memperkemaskan gabungan parti anggota PN. -Gambar/ Facebook @Muhyiddin Yassin

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Orang Asli Perak | Geng samun warga asing tumpas
![[INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19 [INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/8314689791611189816411/1886516_8967789641611189833391_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42725667021611189002896/1886529_26098766711611189124910_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hafizi Rosli dan Afiezy Azaman.

'Passion' tidak dimiliki si penghina waktu! Mahalnya disiplin kerja Tan Sri Razali Ismail
"Passion" secara tafsiran umum lebih relatif sebagai kata positif mempromosi diri bagi orang yang mahu dilihat "hebat" terhadap minat atau kerjayanya.

AWANI Ringkas: COVID-19: Kes positif kini lebih 96 juta | New York kehabisan bekalan vaksin

Jenayah | Datuk, rakan serang pelanggan didakwa hari ini
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan didakwa di mahkamah, hari ini. Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada jam 9 pagi atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan dan perbuatan khianat.

Judi atas talian | Empat ahli sindiket judi dalam talian ditahan
Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian yang menjadikan sebuah kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park, ibu negara sebagai pusat panggilan. Serbuan pada 5 petang pada Rabu dilakukan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Isu Rohingya | Pentadbiran Joe Biden akan kaji semula Rohingya
Pentadbiran Joe Biden akan mengkaji semula untuk menentukan sama ada penganiayaan Myanmar terhadap minoriti Rohingya sama seperti pembunuhan jenayah kaum atau genosid. Perkara itu dinyatakan calon Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken.

Presiden baru AS | Biden tandatangani 15 arahan eksekutif
Presiden Ke 46 Amerika... Joe Biden menandatangani 17 arahan eksekutif untuk menamatkan polisi yang dilancarkan bekas Presiden Donald Trump. Antara yang dinantikan ramai adalah fokus baru pulihkan ekonomi dan pengurusan COVID-19 di Amerika.

Vaksin COVID-19 | New York batal temujanji, tiada bekalan vaksin
New York terpaksa membatalkan 23 ribu temujanji penerima dos vaksin minggu ini disebabkan kekurangan bekalan. Datuk Bandar New York, Bill De Blasio mendesak pihak berkuasa negeri dan persekutuan untuk membenarkan bandar itu menggunakan dos kedua sebagai suntikan pertama.

Penubuhan Majlis Presiden PN cadangan UMNO - Ahmad Maslan
UMNO bersetuju dengan cadangan pembentukan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) sebagai platform membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.

Persiapan PRU-15 antara perbincangan Majlis Tertinggi PN - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).