awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan perwakilan UMNO tonjolkan isu rakyat - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
18/07/2017
23:31 MYT
Persidangan perwakilan UMNO tonjolkan isu rakyat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian konsesi antara Prestariang Bhd dan Kementerian Dalam Negeri pada Selasa. - Foto Bernama
Kebanyakan isu ditonjolkan pada persidangan perwakilan UMNO bahagian yang sedang berlangsung ketika ini adalah isu yang dekat di hati rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara yang dibangkitkan itu telah dikendalikan sebaik-baiknya oleh kepemimpinan di peringkat pusat dan negeri, kata Ahmad Zahid yang merupakan naib presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden parti.
Beliau berkata perwakilan mungkin sedar bahawa kepimpinan kerajaan pusat dan negeri telah dapat menangani banyak isu berteraskan rakyat dengan sebaiknya sehingga tiada usul-usul hangat yang ditonjolkan semasa persidangan perwakilan parti.
"Perkembangan ini turut berlaku susulan kerjasama yang erat bagi penyelesaian isu-isu tersebut bersama dengan ketua setiusaha kementerian dan ketua pengarah jabatan serta agensi,"katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian konsesi antara Prestariang Bhd dan Kementerian Dalam Negeri di sini, pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#persidangan perwakilan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan