TANJUNG KARANG: Kehadiran beberapa menteri UMNO di sebuah hotel di Putrajaya pagi tadi adalah secara spontan untuk bersarapan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
"Itu sarapan pagi secara spontan apabila Mesyuarat Kabinet tangguh pukul 10 pagi sebab Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri (Yaakob) ada program Hari Polis (Peringatan Hari Polis ke-215 )," katanya ketika ditanya mengenai pertemuan beberapa menteri UMNO di hotel itu pagi tadi.
Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata beliau merasa hairan tindakan mereka bersarapan boleh dijadikan isu, sedangkan tiada apa-apa yang berlaku.
"Hari ini Mesyuarat Kabinet bermula lewat, hari ini Jumaat selalu kita bermula pukul 9 pagi sebab kita nak habiskan sebelum 1 tengah hari," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah penerima bantuan zakat di Parit 4, di sini hari ini.
"Tapi hari ni oleh kerana PM menghadiri Hari Polis, mesyuarat mula 10 pagi jadi kami yang sampai awal, kami pergi sarapan pagi dekat hotel di depan bangunan Jabatan Perdana Menteri sahaja," katanya lagi sambil menambah tiada mana-mana timbalan menteri yang hadir ketika itu.
Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan di Twitter beliau turut memperakui perkara yang sama.
"Pagi ini mesyuarat Kabinet lewat satu jam kerana YAB PM hadiri Hari Polis. Sementara menunggu, kami bersarapan capati di Hotel Pulse Grande Putrajaya, YB Reezal Merican (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ) belanja," ciapnya.
Di KUALA LUMPUR, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menafikan terdapat perbincangan berkenaan pembubaran Parlimen dalam pertemuan melibatkan jemaah menteri dan timbalan menteri UMNO di Putrajaya pagi tadi.
"Kita hanya bersarapan pagi sahaja. Datuk Seri Reezal (Merican) belanja sebab kita dah lama tak jumpa. Tiada (perbincangan) pembubaran Parlimen," katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata beliau merasa hairan tindakan mereka bersarapan boleh dijadikan isu, sedangkan tiada apa-apa yang berlaku. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Khamis
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Pertemuan menteri UMNO: 'Hanya bersarapan pagi sementara tunggu PM'- Reezal Merican
Pertemuan beberapa menteri UMNO di sebuah hotel di Putrajaya pada pagi Jumaat menarik perhatian media.
PAU2020: UMNO sebagai Kabinet kerajaan atau tidak, diketahui petang ini - Ahmad Maslan
Terdahulu, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua ahli parti memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan PN supaya menarik diri serta-merta.
PAU2020: Belum ada keputusan minta Menteri UMNO tarik diri - Shamsul Anuar
Pemimpin UMNO yang memegang jawatan Menteri di dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akur jika parti itu membuat keputusan agar Menteri UMNO menarik diri dari kerajaan.