PASIR MAS: Pertemuan antara UMNO dan Pas Kelantan yang dijadual 22 Jan depan mungkin berakhir tanpa sebarang keputusan, kata Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari.
Menurutnya, ia kemungkinan berlaku sekiranya Pas diminta memilih antara mempertahankan Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, Pas Kelantan tetap akan berpegang kepada pendirian pucuk pimpinan sebelum ini yang kekal memperkasakan MN dan mempertahankan PN.
"Kalau sekiranya pertemuan pada 22 Jan ini untuk memberikan kata dua, saya kira ia tidak akan dicapai. Sudah tentu Pas akan ulangi pendirian Pas Pusat yang disebut berkali-kali.
"Dan juga ditambah dengan penegasan oleh Majlis Syura Ulamak bahawa Pas akan terus komited memperkukuhkan PN dan mempertahankan MN.
"Kerana, bagi Pas, tiada jalan untuk menang pilihan raya melainkan semua parti Melayu duduk semeja, untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) lebih selesa," katanya di sini semalam.
BACA: Pas tetapkan 22 Jan bertemu UMNO Kelantan bincang hala tuju MN
BACA: UMNO Kelantan tidak pernah 'ikat' Pas - Ketua Pemuda negeri
BACA: PRU15: Pas Kelantan bincang hubungan dengan UMNO
Beliau diminta mengulas berhubung pertemuan yang bakal diadakan atas permintaan UMNO Kelantan tersebut.
Antara lain, ia dipercayai tertumpu ke arah mendapatkan kepastian dari Pas Kelantan sama ada ingin kekal dalam PN atau memilih MN.
Keputusan Pas akan membolehkan ia merancang hala tuju PRU ke-15 kelak.
UMNO sebelum ini memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berada bersama Pas dalam PN.
Muhafandi Muhamad
Sun Jan 16 2022
AHMAD FADHLI: Bagi Pas, tiada jalan untuk memenangi pilihan raya melainkan semua parti Melayu duduk semeja. - Facebook Ahmad Fadhli Shaari
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Niaga AWANI: Nestle Malaysia naikkan harga 22 produknya mulai 1 Julai 2024 hingga 6 peratus
Nestle (Malaysia) Bhd dijadual menaikkan harga bagi 22 produknya mulai 1 Julai, menurut Gabungan Persatuan Peniaga Barangan Pelbagai Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MyIPO mempelopori projek Agriculture 4.0
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengumumkan bahawa MyIPO telah dipilih oleh World Intellectural Property Organisation (WIPO) sebagai salah satu negara di Asian Tenggara (ASEAN) untuk mempelopori projek Agriculture 4.0.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
Pertemuan UMNO-Pas Kelantan mungkin berakhir tanpa keputusan - Pemuda Pas
Menurutnya, ia kemungkinan berlaku sekiranya Pas diminta memilih antara mempertahankan MN atau PN.
Pemuda Pas harap pertemuan kukuhkan penyatuan
Persetujuan mengadakan pertemuan 22 Jan ini juga membuktikan keseragaman dalam penyatuan ummah kedua-dua pihak.