KOTA BHARU: UMNO Kelantan tidak pernah 'mengikat' Pas negeri itu, sebaliknya ahli dan penyokong kedua-dua parti itu mahukan kepastian mengenai hubungan kerjasama antara mereka.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohd Noor, kepastian itu penting buat ahli UMNO di Kelantan untuk mengorak langkah dan perjalanan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Katanya, UMNO Kelantan mendukung institusi presiden dan berpegang kepada amanat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang memutuskan tiada kerjasama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU15.
"UMNO Kelantan mahukan kepastian dalam hal ini dan bukannya untuk mengikat atau memberikan kata putus kepada rakan dalam Muafakat Nasional (MN) iaitu Pas," katanya kepada Astro AWANI, malam tadi.
BACA: UMNO Kelantan tidak boleh 'ikat' Pas - Mohd Amar
Jelas Noor Hariri, sebarang penyatuan atau perpisahan mestilah dibuat secara berhemah.
"Tidak sepatutnya mana-mana pimpinan Pas negeri membuat telahan kepada parti sekutu selagi belum kita lumatkan secara bermusyawarah, mengikut cara Islam yang sebenar.
"Mungkin Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar (Nik Abdullah) berasa tertekan dengan situasi yang dihadapi di pihaknya yang tidak pernah dialami selama ini, dengan berada dalam dua gagasan berbeza pada waktu yang sama," jelasnya.
Menurut Hariri lagi, UMNO sendiri tidak dapat mengikat ahli Parlimen mereka dalam membuat sesuatu perkara, apatah lagi untuk mengikat Pas dalam membuat keputusan yang besar.
UMNO juga tidak pernah mencampuri urusan dalaman Pas dalam membuat keputusan, malah menghormati keputusan parti itu sekiranya mahu kekal bersama Bersatu, katanya.
"Tanggal 22 Januari nanti, kedua-dua pihak mesti menyatakan pendirian masing-masing secara berdepan supaya tidak timbul 'soksek soksek' (cakap di belakang) daripada ahli kedua-dua parti," ujarnya.
Terdahulu Mohd Amar dilaporkan berkata UMNO Kelantan tidak boleh mengikat Pas untuk membuat pilihan antara Bersatu atau UMNO.
Katanya, syarat membabitkan pilihan yang dikemukakan UMNO itu tidak betul pada pandangannya.
Kenyataan itu bertitik tolak daripada pendirian UMNO sebelum ini yang tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan Bersatu.
Di pihak UMNO, Pas dilihat mengutamakan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) sedangkan Pas masih lagi berada dalam MN yang dibentuk melalui piagam pada 2019.
Pada Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka lalu, UMNO bertanding bersendirian di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa penyertaan Pas sebagai rakan tahaluf siyasi mereka.
Bagi mendapatkan kepastian, UMNO Kelantan telah mengutus surat meminta pertemuan bersama pimpinan Pas Kelantan melalui surat yang dihantar kepada Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Pas bersetuju untuk mengadakan pertemuan itu pada 22 Januari depan.
Vivi Sumanti
Thu Jan 06 2022

Noor Hariri berkata, kepastian itu penting buat ahli UMNO di Kelantan untuk mengorak langkah dan perjalanan parti uutuk menghadapi PRU15. - Astro AWANI

Terbuka Malaysia | Axelsen dalam kelas tersendiri, rangkul gelaran sulung
Pemain Denmark Viktor Axelsen nyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia 2022 selepas menewaskan pemain Jepun, Kento Momota dengan mudah pada final perseorangan lelaki, pada Ahad. Axelsen membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Tokyo 2020 dengan menumpaskan Momota dalam straight set 21-4, 21-7 untuk melakar gelaran hatrik dalam tempoh sebulan selepas terbuka dan Masters Indonesia.

Bertanding Pemilihan | Saya tak pernah bincang dengan PM - Annuar Musa
Annuar Musa hari ini menafikan spekulasi yang dibuat sesetengah pihak kononya beliau bersama Perdana Menteri merancang untuk bertanding dalam pemilihan UMNO yang akan datang membabitkan kerusi tertinggi kepimpinan parti tersebut. Jelas beliau, setakat ini tiada sebarang perbincangan pernah diadakan berkenaan perkara itu walaupun mengakui pernah mendengar desas desus terbabit.

10 Berita Pilihan - (02 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Julai 2022.

Vietnam Airlines sambung semula perkhidmatan ke Indonesia
Vietnam Airlines menyambung semula perkhidmatan antara Ho Chi Minh City dan Jakarta, Indonesia pada Sabtu selepas dihentikan beberapa bulan lalu akibat COVID-19.

Banjir Australia | Penduduk New South Wales diarah berpindah
Perkembangan banjir di Australia. Penduduk New South Wales diarahkan untuk berpindah setelah paras air meningkat disebabkan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan banjir di wilayah itu.

Muzium Baharu | The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Muzium budaya The Palace Di Hong Kong mula dibuka kepada umum pada Ahad. Lebih dari 900 koleksi dipamerkan di muzium ini, termasuk beberapa koleksi peribadi yang pertama kali dipamerkan buat pengunjung.

Nahas Bas | 19 maut dalam kemalangan bas di Pakistan
Nahas bas di Dana Sar, Barat Daya Pakistan meragut 19 nyawa. Menurut kenyataan rasmi kerajaan yang dikeluarkan pada Ahad. Nahas itu turut mencederakan 12 penumpang lain.

Risiko Banjir | Peruntukan lebih RM1 bilion elak risiko banjir, hakisan
Sebanyak RM1.5 hingga RM5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan risiko banjir, pengawalan hakisan pantai, pemuliharaan muara sungai dan pembangunan sungai di Terengganu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, peruntukan itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 membabitkan 21 projek terdiri daripada 20 projek sambungan dan satu projek baharu.

Meninggal Dunia | Tok Mun meninggal dunia
Bekas calon bebas Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12, Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Atas Tol, Kuala Terengganu akibat sakit tua pada Ahad. Maimun yang juga calon wanita tertua pada PRU Ke-12 menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.30 petang tadi pada usia 103 tahun.

UMNO Kelantan perlu berani ketengah pemimpin muda - ADUN Galas
Ramai pemimpin muda atau muka baharu berpotensi untuk bertanding dalam PRU akan datang.

'Poster boy' tak semestinya daripada kepimpinan UMNO Kelantan - Ahmad Jazlan
UMNO terbuka untuk menampilkan calon dari kalangan ahli yang lebih layak serta tidak semestinya kalangan kepimpinan di peringkat negeri.

PRU15: UMNO Kelantan setuju Ismail Sabri calon Perdana Menteri
Ia selaras dengan usul yang dikemukakan 11 daripada 14 bahagian UMNO Kelantan awal Februari lalu.

Jangan kritik, mulut jahat terhadap Pas Kelantan - Ahmad Jazlan
Pendekatan UMNO ialah mengelak dari mengeluarkan perkataan kasar sehingga boleh menimbulkan rasa tidak selesa parti lawan.

Kenyataan Singapura maju kerana tiada UMNO gurauan kurang cerdik - Pemuda UMNO Kelantan
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata sindiran Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah itu satu pernyataan yang tiada asas, hanyalah modal retorik.

Puteri UMNO Kelantan sokong pendirian tidak bersama Pas negeri
Puteri UMNO Kelantan menghormati keputusan Pas Kelantan yang walak kepada keputusan Pas Pusat.

UMNO Kelantan putuskan hubungan dengan Pas negeri - Ahmad Jazlan
UMNO Kelantan hari ini membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Pas negeri yang berkuat kuasa serta-merta.

UMNO Kelantan tidak pernah 'ikat' Pas - Ketua Pemuda negeri
Noor Hariri Mohd Noor, kepastian itu penting buat ahli UMNO di Kelantan untuk mengorak langkah dan perjalanan parti uutuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pas tetapkan 22 Jan bertemu UMNO Kelantan bincang hala tuju MN
Pas Negeri menetapkan 22 Jan depan sebagai tarikh pertemuan dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti itu dalam Muafakat Nasional (MN).

UMNO Kelantan harap momentum kemenangan di PRN Melaka berterusan
Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengharapkan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berterusan sehingga ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).