awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
Kadar kelahiran Jepun 2025 dijangka cecah paras terendah dalam sejarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak cuba pecah-belah, lemahkan Melayu adalah ejen DAP, PH?

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
09/03/2021
01:53 MYT
Pihak cuba pecah-belah, lemahkan Melayu adalah ejen DAP, PH?
Wan Saiful berkata, DAP dan PH jelas mahukan penjajaran baharu dan ejen itu mungkin boleh datang dalam pelbagai bentuk. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Saiful Wan Jan menyifatkan, mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan dan melemahkan Melayu merupakan ejen DAP dan Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata, DAP dan PH jelas mahukan penjajaran baharu dan ejen itu mungkin boleh datang dalam pelbagai bentuk.
“Bagi saya, sesiapa sahaja yang sengaja mahu kita berpecah dan mahu kita lemah, maka mereka adalah ejen DAP dan PH.
“Dalam keadaan kita tahu bahawa DAP dan PH memang mahukan undi Melayu terpecah untuk mereka kembali berkuasa, sudah pasti seruan untuk menjaga muafakat politik ini mesti dipandang serius oleh semua yang ikhlas,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebooknya di sini, pada Selasa.
Sumber Facebook wansaifulwj
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu melihat 'muafakat politik' yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN) antara Bersatu, Pas dan UMNO diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), demi masa depan negara.
Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, perpecahan undi Melayu akan menghasilkan ketidakstabilan politik yang tidak sudah, lantas menyukarkan proses menjaga kebajikan rakyat semua kaum dan agama.
Malah katanya, kestabilan itu penting untuk pembinaan semula ekonomi negara.
“Saya juga amat menghargai pandangan beliau (Tuan Ibrahim) yang dilaporkan berkata ‘Bila kita dukung kerajaan, kita dukunglah kerajaan (PN) ini. Jangan timbul pandangan yang menyebabkan situasi tidak berapa selesa untuk rakyat’.
"Pandangan beliau bersesuaian dengan akhlak berorganisasi dalam satu jamaah atau satu keluarga. Bila kita berada dalam sesuatu keluarga, maka janganlah sengaja timbulkan pandangan yang mengguris ahli keluarga.
“Kita mesti sentiasa menjaga semangat kekeluargaan, bukan kerap kali berusaha meruntuhkan kesatuan yang ada untuk agenda peribadi,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menambah, dalam suasana negara yang sukar sekarang ini, rakyat mahu kerajaan fokus kepada kebaikan dan pembinaan ekonomi.
“Perkara yang mengusutkan suasana seharusnya simpanlah dulu. Jangan jadi ejen merosakkan kestabilan politik negara.
“Keutamaan kita mestilah kestabilan dan kepentingan rakyat terbanyak, bukan isu yang penting secara peribadi kepada lima enam orang saja,” katanya.
Topic Berkaitan
#Wan Saiful Wan Jan
#PAS
#UMNO
#DAP
#Pakatan Harapan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#rakyat
#politik
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan