Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea

Kapal persiaran Coral Adventurer terdampar di kawasan terumbu karang berhampiran Dreghafen Point, Wilayah Morobe, Papua New Guinea selepas terperangkap dalam arus laut kuat. -Foto Facebook Coral Expeditions
PORT MORESBY: Sebuah kapal persiaran berdaftar di Australia, Coral Adventurer, dilapor terdampar di kawasan terumbu karang berhampiran Dreghafen Point, Wilayah Morobe, Papua New Guinea (PNG), menurut pihak berkuasa tempatan.
Ringkasan AI
- Kapal persiaran Coral Adventurer terdampar di kawasan terumbu karang berhampiran Dreghafen Point, Wilayah Morobe, Papua New Guinea selepas terperangkap dalam arus laut kuat.
- Insiden berlaku ketika kapal sedang dalam pelayaran dari Cairns menuju ke Madang dan Sepik melalui Daerah Finschhafen.
- Tiada kecederaan dilaporkan, semua lebih 120 penumpang dan anak kapal selamat.
Menurut laporan media tempatan dan kenyataan rasmi pihak polis Morobe, kapal yang dikendalikan oleh syarikat Coral Expeditions dan dikemudi oleh Kapten George Korovytsky itu membawa lebih 120 orang, termasuk anak kapal dan penumpang.
Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan semua penumpang dilaporkan selamat.
Pasukan Polis Air dari Lae bersama pegawai Lembaga Keselamatan Maritim Kebangsaan PNG telah dihantar ke lokasi kejadian dan tiba sekitar jam 11.30 pagi untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan serta dokumentasi kapal.
Permit khas turut dikeluarkan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
Insiden ini berlaku dua bulan selepas kapal sama dikaitkan dengan kes meninggalkan seorang penumpang di sebuah pulau terpencil di Australia, yang kemudiannya ditemui meninggal dunia.
Kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa Australia.
Pihak berkuasa PNG kini sedang menilai kemungkinan kerosakan alam sekitar akibat pelanggaran terumbu karang, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menentukan punca sebenar kejadian serta tahap pematuhan keselamatan oleh pengendali kapal.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah bilangan orang yang dikendalikan oleh kapal persiaran Coral Adventurer ketika terdampar di kawasan terumbu karang di Papua New Guinea? A: Kapal tersebut membawa lebih 120 orang, termasuk anak kapal dan penumpang.
- Q: Apakah tindakan pihak berkuasa yang diambil setelah kapal terdampar di kawasan terumbu karang? A: Pasukan Polis Air dan pegawai Lembaga Keselamatan Maritim Kebangsaan PNG telah dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan dan dokumentasi kapal.
- Q: Apakah kesan terhadap alam sekitar yang sedang dinilai oleh pihak berkuasa Papua New Guinea berikutan insiden ini? A: Pihak berkuasa PNG sedang menilai kemungkinan kerosakan terumbu karang akibat insiden ini dan siasatan lanjut dijalankan untuk menentukan punca sebenar kejadian serta tahap pematuhan keselamatan oleh pengendali kapal.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

