PADANG SERAI: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Tan Sri Abdul Ghani Salleh menyatakan bahawa pihaknya berharap dapat melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan, secara serentak.
Menurut beliau, sekiranya harapan berkenaan dapat direalisasikan, ia akan dapat memudahkan urusan SPR terutama dari segi pengurusan termasuk melakukan penyelarasan serta persiapan awal.
Bagaimanapun, tegasnya, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat pembubaran bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri yang terlibat memandangkan ia berada di bawah bidang kuasa Menteri Besar ataupun Ketua Menteri.
"Kalau tanya pandangan SPR. kita kalau boleh, (pilihan raya negeri bagi) keenam enam (negeri terlibat) dibuat serentak, (ia akan) memudahkan urusan kita dan dari segi petugas kita, memudahkan kita di SPR buat penyelarasan walaupin dari segi kos tetap sama juga
"(Berhubung tarikh sesuai), yang ini susah saya hendak cakap, saya tidak ada kuasa untuk membubarkan DUN, tidak ada (kuasa untuk membuat sebarang) recommendation, (sebab perkara itu) terpulang kepada kepimpinan negeri masing-masing," katanya.
Abdul Ghani berkata demikian ketika sidang media selepas hadir meninjau pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Padang Serai pada Rabu.
Tambahnya, kos bagi menjalankan Pilihan Raya Negeri di enam negeri berkenaan adalah dianggarkan sekitar RM450 juta meskipun ianya diadakan secara serentak mahupun berasingan.
Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa proses pengundian Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman berlangsung dengan baik dan teratur.
Peratus keluar mengundi disifatkan agak tinggi dan melebihi sasaran memandangkan PRU bagi kedua-dua kawasan ini diadakan pada hari bekerja.
Sementara itu, Abdul Ghani turut memaklumkan bahawa purata jumlah peratusan keluar mengundi bagi PRU15 adalah sebanyak 74.71 peratus.
Abd Hadi Che Awang
Thu Dec 08 2022

Tan Sri Abdul Ghani Salleh (dua, kiri) meninjau pusat mengundi bagi PRU15 Parlimen Padang Serai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. - Foto BERNAMA

Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal
JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Pitas dan Lahad Datu dijangka kekal, manakala di Paitan mungkin menurun hari ini.

PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Singapura esok
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan itu atas jemputan rakan sejawatannya, Lee Hsien Long.

Pas akan bincang tarikh PRN dengan pimpinan tiga negeri dikuasai PH
Setakat ini pihaknya belum memutuskan tarikh PRN sehingga perbincangan dilakukan bersama pimpinan negeri yang lain.

Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului - Tunku Ismail
Menurut Tunku Ismail, pengadil dari Serbia itu juga gagal mengawal perlawanan.

Tunjuk Perasaan | Puluhan ribu warga pendidik berhimpun
Berpuluh-puluh ribu guru dan warga pendidik awam di Portugal mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut keadaan pembelajaran di sekolah yang lebih baik, gaji yang berpatutan dan penghormatan terhadap kerjaya mereka.

Politik | Jeneral bersara NATO Presiden baharu Republik Czech
Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Petr Pavel menjadi Presiden baharu Republik Czech selepas berjaya menewaskan bekas Perdana Menteri, Andrej Babis dalam pilihan raya yang diadakan pada Sabtu.

Banjir | New Zealand tanggung tahap kemusnahan yang teruk
Tiga orang maut manakala seorang lagi hilang selepas banjir besar melanda seluruh bandar Auckland, ekoran hujan lebat yang berterusan selama dua hari sejak Jumaat.

COVID-19 | Jepun tarik semula penggunaan pelitup muka
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Bila PRN? | Pas akan hubungi pimpinan 3 negeri ditadbir Pakatan Harapan
PAS akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri, PRN.

Reaksi Ku Li | Pemecatan ahli kerana langgar disiplin adalah perkara biasa
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pemecatan ahli atas kesalahan melanggar disiplin parti adalah perkara biasa.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

'Presiden UMNO bersifat kuku besi, orang bernilai dalam parti dikeluarkan demi selamatkan peribadi' - Mohd Yusof
Datuk Mohd Yusof Ismail, berkata lebih-lebih lagi apabila individu yang dikenakan tindakan itu bernilai tinggi dalam UMNO.

BN belum tentukan kerjasama dengan siapa hadapi PRN - Mohamad Hasan
Barisan Nasional (BN) belum membuat keputusan mengenai kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.

PRN: Selangor tidak bubar DUN dalam masa terdekat atau sebelum raya - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat.

PRN Kedah: BN, PH tidak boleh jadi 'abang besar' dalam pembahagian kerusi - Mahfuz
Semua pihak harus menerima dengan hati terbuka meskipun terpaksa mengecilkan jumlah kerusi DUN yang ditandingi.

Aminuddin setuju PRN serentak
PRN serentak mengurangkan kos perbelanjaan pilihan raya serta memberi impak lebih besar sama seperti pelaksanaan PRU15.

'Jun adalah masa terbaik adakan PRN' - Ketua Menteri P. Pinang
Kerajaan Pulau Pinang tetap dengan pandangannya bahawa masa yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) adalah antara Mei hingga Julai.

PRN berasingan: Bukan urusan saya, Pas boleh rujuk SPR - Anwar
Anwar berkata Pas mempunyai hak untuk menentukan tarikh pembubaran DUN negeri yang ditadbir parti itu.

PRN: PH belum bincang secara rasmi dengan BN, UMNO - Rafizi
PKR belum mengadakan rundingan secara rasmi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).