awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR berpotensi tawan Kelantan - Wan Azizah

Sinar Harian
Sinar Harian
21/05/2025
00:00 MYT
PKR berpotensi tawan Kelantan - Wan Azizah
Wan Azizah diiringi Mohamad Suparadi ketika menghadiri Majlis Hi-Tea Bersama Datuk Seri Dr Hajah Wan Azizah Datuk Dr Wan Ismail di Kota Bharu pada Selasa. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai potensi untuk menawan Kelantan melalui semangat dan komitmen anak muda dalam parti tersebut.
Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerjasama erat dalam parti turut menjadi faktor utama yang menarik lebih ramai untuk menyertai perjuangan PKR.
"Bukan senang orang hendak undi kita. Anak muda kena ambil alih dan jangan ambil mudah. Kita kena bangunkan parti," katanya ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Bersama Datuk Seri Dr Hajah Wan Azizah Datuk Dr Wan Ismail, di sini, pada Selasa.
Beliau turut diiringi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor.
Wan Azizah turut menasihatkan ahli parti supaya sentiasa berpegang kepada integriti dan amanah.
"Kita (PKR) pernah dipersendakan sebagai parti ‘nyamuk’. Dahulu kita tidak berapa kukuh dan ramai rakan-rakan (dari parti lain) mengata kita," ujarnya.
Menurutnya lagi, semua jawatan yang disandang oleh ahli adalah untuk mengukuhkan parti dan bukannya untuk kepentingan peribadi.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji, tapi tidak mengapa... ada elaun sebagai ahli Parlimen, dan beliau tetap bekerja untuk negara," katanya.
Tambah beliau, persaingan atau ‘perlawanan’ dalam parti juga boleh menjadi satu perkara positif dalam membawa perubahan kepada Kelantan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PKR
#Tawan Kelantan
#parti nyamuk
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami