Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu mengambil langkah enggan melayan sebarang desakan mahupun tuduhan membabitkan kepimpinan tertinggi parti.
Sebaliknya, beliau berkata PKR menganggap semua yang berlaku sebagai asam garam yang perlu dihadapi dan diterima oleh parti.
Mengenai terdapat desakan pemimpin politik supaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Saifuddin menyifatkan perkara itu tidak perlu dibangkitkan kerana sudah jelas.
"Berdasarkan Konvensyen Pakatan Harapan pada 6 Jan 2018, tiga perkara telah dipersetujui, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai pengganti Perdana Menteri.
"Setakat ini, dua perkara sudah kerajaan laksanakan...hanya tinggal satu lagi, jadi tunggu lah," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) di sini hari ini.
BACA: Video seks: Bibit perpecahan dalam PKR - Khairuddin
BACA: Video seks kontroversi ditularkan oleh anggota PKR sendiri - Azmin
BACA: PKR berdiri teguh di belakang Azmin, kutuk politik keji
Menurutnya lagi, PKR tidak perlu melayan desakan mana-mana pihak termasuk Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Mohd Shaid Rosli yang mendesak Dr Wan Azizah meletak jawatan terlebih dahulu jika PKR mahu peralihan kuasa di antara Dr Mahathir dan Anwar berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2019
Saifuddin Nasution ketika sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pembangunan Industri Kewangan Malaysia Bhd (MIDF) 2019 hari ini. --fotoBERNAMA
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
NCER disasar catat RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030 - Anwar
Kerajaan menyasarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) mencatatkan RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030.
Pembaharuan fiskal diperlukan agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan kukuh - Anwar
Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'
Katanya, mendiang akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Ruang berfikir, berkarya di negara ini perlu kebebasan lebih luas - PM Anwar
Ia kerana Malaysia merupakan sebuah negara merdeka dan bukannya dijajah sehingga ada sekatan atau rasa terkongkong untuk mana-mana pihak menghasilkan karya mereka.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
Keselamatan siber: Malaysia perlu 25,000 profesional menjelang 2025 - PM Anwar
Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.
Parlimen: Kerajaan beri tumpuan latihan STEM, tingkat pelaburan negara - PM Anwar
Anwar berkata kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, AI dan TVET di peringkat tertinggi.
PBT jangan 'tekan' peniaga bazar - PM
Anwar menambah keadaan semakin buruk apabila terdapat PBT menyerahkan pengurusan tapak bazar Ramadan kepada ejen-ejen.