awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA terima reaksi positif, pergerakan penumpang semakin lancar
Mangsa banjir di Johor meningkat, Sarawak berkurangan pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR lancar kempen laporan polis untuk gesa buka semula kes Altantuya

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
23/02/2015
06:32 MYT
PKR lancar kempen laporan polis untuk gesa buka semula kes Altantuya
Rafizi berkata beliau percaya bahawa rakyat perlu memberi fokus untuk menekan Ketua Polis Negara untuk membuka kembali siasatan. - Gambar Fail
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melancarkan 'kempen laporan polis' secara besar-besaran, untuk mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula siasatan ke atas kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata beliau percaya bahawa rakyat perlu memberi fokus untuk menekan Ketua Polis Negara untuk membuka kembali siasatan pada ketika tertuduh dan saksi terpenting di dalam kes itu, Sirul Azhar Umar, telah memberi gambaran kesediaan beliau memberi keterangan baru.
"Oleh yang demikian, PKR akan melancarkan kempen laporan polis agar siasatan dibuka semula secara besar-besaran di seluruh Malaysia bermula minggu ini.
"Cabang-cabang PKR dan wakil-wakil rakyat PKR akan membuat laporan polis mendesak agar siasatan dibuka semula.
"Kemudiannya, kami akan mengemaskini laman Twitter Ketua Polis Negara dengan nombor-nombor laporan polis agar beliau turut sama memberi tumpuan kepada isu pembunuhan Altantuya, bukannya memantau laman Twitter dan Facebook rakyat kebanyakkan," katanya semasa satu sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Rafizi juga berkata, beliau telah berbincang mengenai kedudukan Sirul dengan beberapa ahli Parlimen dari Australia dan beliau difahamkan Sirul tidak boleh memberi temuramah televisyen atau media tanpa kebenaran dari kerajaan Australia.
"Oleh yang demikian, PKR sedang dalam proses untuk mendapatkan bantuan rakan-rakan dari kalangan Ahli Parlimen Australia untuk membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Australia membenarkan Sirul memberi temuramah televisyen.
"Jika kebenaran ini diperoleh, ia memungkinkan pihak media Malaysia dan antarabangsa mendapat keterangan terkini dari Sirul yang seterusnya boleh menjadi asas untuk membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya.
"Dalam masa terdekat, PKR, sedang cuba mendapatkan bantuan seorang ahli Parlimen Australia untuk berjumpa sendiri dengan Sirul bagi memastikan keselamatan beliau terjamin," katanya.
Sirul yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.
Topic Berkaitan
#Altantuya Shaaribuu
#Azilah Hadri
#hakim
#Mahkamah Persekutuan
#PKR
#Rafizi Ramli
#rayuan
#Sirul Azhar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan