Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu bertanding di semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata naib presiden parti itu Dr Xavier Jayakumar.
Beliau berkata parti itu yakin dapat merampas beberapa kerusi yang dimenangi UMNO pada pilihan raya umum ke-13.
"Kami bertanding 21 kerusi pada pilihan raya lepas dan kami bercadang untuk bertanding di 21 kerusi yang sama (pada PRU14). Kami yakin dapat menanginya," katanya kepada pemberita selepas mendengar ceramah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis perayaan Ponggal di Kapar hari ini.
Dr Xavier berkata PKR harus diberi keutamaan bertanding lebih banyak kerusi di Selangor memandangkan Menteri Besar dan timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah pemimpin negeri ini.
"Ada beberapa pihak yang mahukan (jumlah) kerusi yang sama tetapi PKR ingin menegaskan bahawa kami adalah kerajaan di negeri ini dan Menteri Besar adalah daripada parti kami... oleh itu, kami yang harus bertanding lebih banyak kerusi di Selangor," katanya.
Pada pilihan raya umum ke-13 di Selangor, PKR bertanding di 21 kerusi DUN dan memenangi 14 daripadanya.
Bagaimanapun, bilangan itu berkurangan kepada 13 apabila bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang pada pilihan raya lepas, dipecat PKR pada 2014.
Sementara itu, Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, berkata beliau tidak pasti sama ada anaknya, Datuk Seri Mukhriz yang merupakan timbalan presiden PPBM, akan bertanding kerusi DUN di Selangor."Saya tidak tahu tentang itu. Beliau akan bertanding tetapi saya tidak tahu di mana," kata Dr Mahathir semasa ditanya mengenai dakwaan bahawa Mukhriz, bekas Menteri Besar Kedah, akan bertanding di Selangor.
Ditanya mengenai isu perebutan kerusi antara PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor di negeri itu, Dr Mahathir berkata ia perlu diselesaikan secara dalaman.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 'serangan' pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim terhadap Mohamed Azmin yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor membabitkan isu pengagihan kerusi di negeri itu.
Sebelum ini, Mohamed Azmin mendakwa Amanah Selangor 'tidak amanah' dan berbohong apabila menyatakan tiada jawatankuasa khas pembahagian kerusi DUN dibentuk oleh PH.Sebaliknya, beliau berkata sudah empat kali mesyuarat diadakan bagi membincangkan soal pembahagian kerusi DUN itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2018

DR XAVIER: Kami bertanding 21 kerusi pada pilihan raya lepas dan kami bercadang untuk bertanding di 21 kerusi yang sama (pada PRU14). - Gambar fail

Black History | Guna baton generasi terdahulu lakar sejarah - Harris
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris berucap pada sambutan bulan Black History di White House. Kata Harris, ini masanya untuk generasi kini menggunakan inspirasi perjuangan generasi terdahulu dalam melakar sejarah yang lebih baik.

Tokoh politik sertai tunjuk perasaan sokong komuniti Asia-Amerika
Tokoh politik terkemuka di New York memimpin tunjuk perasaan di Manhattan pada Sabtu bagi menyokong komuniti Asia-Amerika yang menjadi sasaran keganasan baru-baru ini.

Kempen vaksinasi COVID-19 bermula di Thailand
Program vaksinasi itu diadakan pada Ahad di sebuah institusi penyakit berjangkit di pinggiran Bangkok.

Sungai Tercemar: Ribuan ikan air tawar ditemui mati
Sejak tiga minggu lalu, ribuan bangkai ikan air tawar ditemui di permukaan Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Gua Musang. Namun, sejak tiga hari lalu, kejadian sama berulang secara misteri.

Tiada kelebihan wakil rakyat lompat parti - Penganalisis politik
Kekuatan sesebuah parti terletak kepada sokongan akar umbi dan bukan bergantung kepada penghijrahan wakil rakyatnya.

Ratusan berhimpun desak PM Israel letak jawatan
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di luar kediaman rasmi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Jerusalem bagi menuntut peletakan jawatannya.

Politik | Tukar parti, adakah tanda ada krisis?
Wakil rakyat dari Parti Amanah Negara (Amanah) disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin A. Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu.

COVID-19: Chow Kon Yeow disuntik vaksin, program imunisasi Pulau Pinang bermula
Kon Yeow menerima suntikan di Auditorium Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.

PM lancar Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030
Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

Arab Saudi memintas 526 drone peledak, 346 peluru berpandu balistik
Al-Maliki memaklumkan tiada negara lain selain Arab Saudi yang memiliki kebolehan tersebut.

PKR mahu tandingi semua 21 kerusi DUN di Selangor - Dr Xavier
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu bertanding di semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata naib presiden parti itu Dr Xavier Jayakumar.